3 kelebihan menggunakan business profile di Instagram 2019

Sedang mencari informasi berkaitan dengan instagram? Ini adalah artikel yang sesuai untuk korang sebab untuk kali ini aku akan berkongsi tentang kelebihan menggunakan business profile di instagram tapi sebelum itu aku akan tunjukkan kepada korang semua bagaimanakah caranya untuk menukarkan profile biasa yang korang gunakan sekarang ini kepada business profile. 


Langkah mudah untuk menukarkan profil biasa kepada business profile



Apakah kelebihan menggunakan business profile di Instagram?

Kelebihan yang boleh korang dapat sekiranya menukarkan profile biasa kepada business profile adalah insights (data analytics), instagram ads (promotion) dan contact button

1. Insights (Data Analytics)

Kelebihan ini sangat menarik dan sesuai untuk pengguna instagram yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan followers mereka. Dengan menggunakan insights, korang akan mendapat informasi yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu content, activity dan juga audience. Sebelum aku jelaskan dengan lebih details, jom kita tengok cara cara untuk ke bahagian insights.

Cara cara untuk tengok insights di instagram



ok sekarang ini, korang semua dah tahu macam mana caranya nak ke bahagian insights. Seperti yang aku terangkan tadi. Insights terbahagi kepada tiga iaitu content, activity dan audience. Jadi,aku akan terangkan satu persatu kepada korang semua. Jom kita mulakan dengan content.

Content 

Dibahagian ini, korang akan dapat akses kepada maklumat yang berkaitan dengan gambar, story dan juga video yang pernah korang post di profile instagram korang. Bahagian content ini dibahagikan kepada empat iaitu posts this week, feed posts, stories dan promotions.


Posts this week 

Maklumat tentang berapa banyak post yang korang dah upload pada minggu ini (7 hari)

Feed Posts

Untuk feed posts, korang akan dapat akses kepada maklumat penting seperti engagement, impressions, comments, emails, follows, get direction, likes, profile visit, reach, saved, share, text dan website clicks untuk setiap gambar atau video yang korang pernah post sebelum ini. Menariknya, maklumat tentang post yang 2 tahun lepas pun korang tengok tau. itu pun kalau 2 tahun lepas korang dah guna akaun business la.

Bagi korang yang tidak pernah menggunakan business profile mungkin kurang faham tentang maklumat penting yang aku sebut diperanggan atas kan. Jangan risau sebab aku akan terangkan untuk korang ok.

  • Engagement - The number of likes and comments on your post.
  • Impressions - The total number of times your post has been seen.
  • Comments - The total number of comments you get for each post.
  • Emails - The total number of unique account who click on the email button.
  • Follows - The Total number of accounts following you when they see the post
  • Get directions - The number of users who tapped on on "get direction" because of your post.
  • Likes - The total number of likes on your post.
  • Profile visit - The number of times your profile was viewed.
  • Reach - The number of unique accounts that have seen your post.
  • Saved - The total number of account who saved your post.
  • Share - The total number of account who shared your post.
  • Text - Nil - not sure sebab tak pernah experience yang nih. siapa tahu can always share dekat comment section.
  • Website clicks - The total number of times your website clicked when they see your post.

Sebelum aku teruskan dengan stories, aku nak bagitau untuk business profile korang juga boleh tengok informasi seperti impression (lebih details), follows, reach dan lain lain untuk individual post di feed korang tanpa perlu ke bahagian insights.

Stories

Seperti yang kita tahu, stories yang kita post di instagram cuma bertahan selama 24 jam sahaja tetapi dengan menggunakan instagram business korang masih boleh melihat stories yang pernah di post sebelum ini menggunakan insights. 


*gambar menunjukkan instagram stories 14 hari yang lepas untuk profile aku. boleh klik imej untuk paparan yang lebih jelas.
Sama juga seperti feed posts, korang juga boleh dapatkan informasi seperti reach, impression dan sebagainya di story yang korang post tanpa perlu pergi ke bahagian insights. Dibawah ini aku tunjukkan contoh supaya senang untuk korang check sendiri nanti.


Promotion

Seterusnya adalah promotion dimana korang boleh menggunakan kelebihan ini untuk mempromosikan post korang dengan harga serendah RM3 sehari.

Activity

Untuk bahagian activity pula korang boleh tengok informasi tentang performance instagram korang dalam masa seminggu.  

Audience

Bahagian yang ketiga atau paling last adalah audience. Ini adalah kelebihan business profile yang sangat membantu pengguna instagram untuk mengenali followers mereka dengan lebih mendalam kerana dibahagian ini instagram memberitahu kita tentang demographic followers yang dibahagikan kepada empat iaitu top location, age range, gender dan followers.

  • Top location - korang boleh tengok followers korang kebanyakannya berasal/berada di negeri dan negara mana.
  • Age Range - Disini pula korang dapat tengok followers korang dalam lingkungan umur berapa tahun.
  • Gender - jantina followers korang.
  • Followers - Dibahagian ini korang boleh tahu bila followers korang paling aktif.  

2. Instagram ads/promotions

Seperti yang aku maklumkan, dalam bahagian insights untuk content ada function promotion dimana korang boleh iklankan atau promote post dengan harga serendah RM3. Jadi aku akan explain macam mana nak promosikan post korang menggunakan business profile instagram. Apa yang perlu korang buat adalah pilih post yang ingin dipromosikan, call to action, pilih target audience, pilih budget yang sesuai, bayar dan you are good to go. Untuk menggunakan fungsi ini korang wajib kena ada facebook page tapi rasanya kalau korang usahawan semestinya korang ada page sendiri betul tak?. Rasanya takkan ada masalah.


3. Contact button

Sekiranya korang ingin followers menghubungi korang dengan cara yang mudah dan cepat, menukarkan profile biasa kepada business profile adalah jawapannya kerana instagram menyediakan "contact button" yang diletakkan dibahagian bawah bio profile korang.


Berikut adalah kelebihan dan fungsi business profile di instagram yang dapat aku senaraikan buat masa ini. Sekiranya ada informasi baru yang aku discover. Insyaallah aku akan update dan maklumkan kepada semua pembaca blog ini. Jadi, apa pendapat korang berkenaan business profile? Adakah korang akan menukarkan profile yang korang gunakan sekarang kepada business profile atau tidak? By the way kalau korang nak follow aku bolehlah ke link ini : https://instagram.com/luqmannzakaria/
Terbaru Lebih lama