Di sini saya ingin berkongsi dengan semua berkenaan dengan keputusan UPSR 2018.
Calon calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh mendapatkan keputusan mereka di Sekolah masing masing pada 29 November 2018 bermula jam 10 pagi. Ibu bapa juga boleh membuat semakan bagi pihak anak anak mereka melalui online dan SMS. Anda boleh rujuk informasi dibawah untuk mengetahui cara cara untuk membuat semakan.
Cara untuk membuat Semakan Keputusan UPSR 2018 secara online
Untuk tahun 2018, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh disemak melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia LPM. Anda boleh klik link dibawah untuk membuat semakan.
sppat.moe.gov.my/semakan/
Cara untuk membuat semakan UPSR 2018 melalui SMS
Semakan keputusan UPSR melalui SMS juga boleh dibuat pada 29 November 2018 selepas jam 10 Pagi. Caranya sangat mudah. Anda cuma perlu ikut langkah langkah dibawah
- Taip UPSR
[angka giliran] dan hantar ke 15888 - Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
Selamat berjaya saya ucapkan kepada semua adik adik yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).