Roller Coaster Boboiboy ada di Perak. Betul ke nih?

Bila kali terakhir anda menaiki roller coaster? Kalau saya kali terakhir naik roller coaster 6 tahun lepas. Tempoh masa yang agak lama kan. Teringin nak naik lagi sebab seronok tapi penakut. Macam mana tuh? 

Mungkin lepas ini saya akan beranikan diri untuk naik Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak nanti? Ya, betul! Roller Coaster Boboiboy ini memang wujud dan ianya akan dibuka  kepada umum pada bulan Disember akan datang.

Seronoknya! Tak sabar nak ke MAPS sekali lagi sebab ada banyak aktiviti yang boleh dibuat. Kalau anda nak tahu apa yang menarik di MAPS? Boleh baca artikel ini.

Safwan Karim (Pegawai Pembangunan Animonsta Studios Sdn Bhd) dan Ramelle Ramli (Ahli Lembaga Pengarah MAPS) 

Bercakap tentang Boboiboy, MAPS juga menyediakan barang eksklusif Boboiboy yang boleh dibeli di kedai cenderamata Boboiboy Collectable. Menariknya anda dan anak anak juga boleh beramah mesra dengan maskot Boboiboy Galaxy. Best kan! Mesti seronok mereka nanti. Kafeteria boboiboy pun ada tau.

Terdapat 20 pilihan buffet buat pengunjung di Kafeteria Boboiboy

Selain itu, MAPS juga bekerjasama dengan Trilogy Magic Factory untuk memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung. Mereka pernah membawa The Sacred Riana dari Indonesia sebelum ini ke MAPS dan kini mereka menyediakan Trilogy Illusion yang bakal menarik perhatian anda.

Menerusi Dream Box pula, anda berpeluang untuk menang hadiah hadiah yang menarik seperti baucher makanan bernilai RM300, cenderahati bernilai RM500, pengalaman lagak ngeri dan juga penginapan di Hotel Casuarina. 

MAPS ini sesuai untuk aktiviti beriadah bersama keluarga sebab tarikan yang ada dekat sini boleh dinikmati oleh semua lapisan umur. Dari kanak kanak sampailah orang dewasa. Sekiranya sedang mencari tempat untuk bercuti bersama anak pada cuti sekolah akan datang. Bolehlah ke sini. Lagipun sekarang ini ada promosi untuk cuti sekolah. Anda boleh rujuk gambar dibawah.


Untuk maklumat lanjut layari www.mapsperak.com atau facebook di www.facebook.com/mapsperak. Selamat bercuti di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak dan jangan lupa untuk mencuba sendiri  Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus.
Terbaru Lebih lama