Pas bulanan Rapid KL tanpa had RM100 dan RM50 | Sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam di bandar Kuala Lumpur ini aku rasa sangat teruja dengan berita pas bulanan Rapid KL yang dikeluarkan baru baru ini.
Kisah sedih dulu dulu-Waktu aku stay di Setapak dan bekerja di KL Sentral. Setiap hari pergi kerja dari LRT Taman Melati ke LRT KL Sentral. Harga tambang untuk sehala RM3.40 (Cashless - guna Kad Rapid KL). Jadi, kalau pergi dan balik setiap hari untuk LRT sahaja aku spent RM6.80 (Sebulan RM204).
Untuk gaji yang suam suam kuku macam aku semestinya RM200 itu banyak ya. Sekarang ini dengan Pas Bulanan yang baru, aku dapat jimat dalam RM100. Memang berbaloi dan sangat menjimatkan sebab ianya tanpa had!
Pas perjalanan tanpa had selama 30 hari
Pas bulanan ini boleh digunakan untuk LRT, MRT, Monorel, BRT, Bas Rapid KL dan bas perantara MRT. Untuk korang yang hanya gunakan Bas sahaja setiap hari mesti rasa tak berbaloi kan nak beli. Jangan risau sebab Rapid KL ada sediakan pas bulanan untuk bas sahaja yang boleh dibeli dengan harga RM50 sahaja.
Pas bulanan yang baru ini akan mula dijual pada awal Disember 2018 dan boleh dibeli bila bila masa selepas tarikh tersebut di semua stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan 5 hab terpilih iaitu Pasar Seni, Seksyen 2 Shah Alam, Sri Nilam, Greenwood dan Terminal Kajang.
Untuk pengetahuan semua juga, Pas bulanan ini Ekslusif untuk rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad dan MyTentera sahaja.