Kembali ke sekolah dengan Kasut baru dari Sunfeet

Kembali ke sekolah dengan Kasut baru dari Sunfeet | Kita bakal menyambut tahun baru tidak lama lagi dan sesi persekolahan untuk tahun 2019 juga semakin dekat. Ibu bapa semestinya sedang sibuk menyediakan dan membeli kelengkapan sekolah yang baru  untuk anak anak mereka. Salah satu barangan yang perlu dibeli adalah kasut.
 
Bercakap tentang kasut sekolah, baru baru ini saya telah berkunjung ke Sunfeet International Rehabilition Centre yang terletak di Seksyen 19 Petaling Jaya untuk melihat sendiri kasut kasut sekolah yang dijual sini. Kasut sekolah yang dijual di Sunfeet International Rehabilitation Centre sangat berbeza dengan kasut yang ada diluar sana kerana ianya direka khas untuk membantu merawat masalah kaki anak anak dan pada masa yang sama memberikan keselesaan yang maksimum kepada mereka.

Seperti yang kita tahu kaki adalah salah satu anggota badan yang sangat penting dan kita menggunakan kaki setiap hari untuk menjalankan rutin harian. Jadi, kita perlu mengambil berat tentang kesihatan kaki supaya dapat menbendung masalah sakit lutut, sakit otot, sakit pinggang dan macam macam lagi. 

Mungkin ramai yang fikir masalah sakit lutut atau sakit pinggang selalunya dihadapi oleh orang dewasa tetapi sebenarnya kanak kanak juga mengalaminya. Sebagai ibu bapa mungkin kita terlepas pandang tentang perkara ini kerana anak anak tidak pernah mengadu tentang sakit yang dialami oleh mereka. Jadi, Saya sarankan anda semua ke Sunfeet International Rehabilitation centre untuk membuat pemeriksaan kaki secara percuma bagi mengetahui kondisi kaki anak anak anda.
Semasa kunjungan saya di Sunfeet, Dato Dr Edmund Lee yang merupakan Pakar perunding dan Pakar kesihatan kaki menjelaskan beberapa informasi tentang kesihatan kaki. Jadi, saya mengambil peluang ini untuk berkongsi serba sedikit mengenainya dengan anda semua.
Terdapat enam jenis kondisi kaki yang perlu anda tahu iaitu severe flat, flat, normal, severe harch, pronated dan high arch. Kondisi kaki selain normal menunjukkan anak anak anda sebenarnya memerlukan rawatan. Menurut Dato Dr Edmund Lee, penting untuk ibu bapa membawa anak mereka yang berumur dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun melakukan pemeriksaan awal untuk mencegah masalah kaki yang lebih teruk di masa akan datang.  Jadi, jangan berlengah lagi, datang ke Sunfeet International Rehabilitation Centre sekarang untuk membuat pemeriksaan kaki dan jangan lupa untuk dapatkan kasut sekolah untuk anak anda sempena promosi "Back To School with Healthy Feet Healthy Kids".
Anda boleh rujuk informasi dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sunfeet International Rehabilitalion centre.

Alamat
Sunfeet International Rehabilitation Centre
Blok C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19,
46300 Petaling Jaya,
Selangor

Waktu Operasi
Dibuka Setiap hari bermula Jam 10 Pagi hingga 7 Petang

Nombor Telefon
013-5283939/013-9122939

Website
sunfeet.com.my
Facebook
www.facebook.com/sunfeetinternational
Terbaru Lebih lama