Ini bukan gossip tau! Ini betul betul punya. Hantu Kak Limah akan datang ke ipoh tak lama lagi. Lokasi? Semestinya tempat yang menjadi tumpuan ramai iaitu Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak.
Tujuannya adalah untuk menjayakan Hantu Kak Limah The Musical yang bakal menemui anda di MAPS Ipoh Perak pada bulan Disember akan datang. Tak sabarnya!
Hantu Kak Limah The Musical
Tarikh : 24 hingga 31 December
Masa : 4PM & 8PM
Tempat : Maps Theatre Movie Animation Park Studios
Tarikh : 24 hingga 31 December
Masa : 4PM & 8PM
Tempat : Maps Theatre Movie Animation Park Studios
Harga Tiket : RM90 *inclusive of park entry ticket
Anda bukan sahaja dapat menonton teater HKL malah anda juga boleh menggunakan fasiliti yang ada Movie Animation Park Studios.
Nak tahu apa aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Movie Animation Park Studios? Baca artikel ini.
Ajak keluarga dan kawan kawan ke MAPS pada bulan Disember akan datang untuk menonton Teatar Muzikal Hantu Kak Limah. Kebetulan, mereka juga akan memperkenalkan tarikan terbaru yang sangat menyeronokkan iaitu Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus! Tunggu apa lagi? Jom jadi pengunjung pertama yang mencuba Roller Coaster ini.
Untuk maklumat lanjut layari www.mapsperak.com atau facebook www.facebook.com/mapsperak/