Artikel kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang akan menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Untuk pengetahuan semua, permohonan BSH dibuka kepada semua yang layak kecuali pemegang Kad Debit Diskaun Siswa bagi sesi 2017/2018.
Siapakah yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) ?
Terdapat 3 Kategori penerima yang layak mendapatkan BSH 2019. Adakah anda tergolong dalam kategori tersebut? Boleh tengok jadual dibawah untuk rujukan.
Penting : Bantuan Sara Hidup (BSH) tambahan RM120 untuk setiap anak diberikan kepada mereka yang berumur 18 Tahun ke bawah dan terhad kepada 4 orang anak sahaja. *Tiada had umur untuk anak anak OKU
Bagaimanakah caranya untuk memohon Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019?
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) masih belum pengumumkannya tetapi anda boleh ke laman sesawang https://bsh.hasil.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan bantuan ini.