Destinasi Pelancongan yang mesra muslim | "Edisi Travelog" pada kali ini akan membawa anda semua ke sebuah pulau yang mempunyai populasi penduduk muslim berjumlah lebih kurang 300,000 orang iaitu Taiwan. Pulau ini terdiri daripada pelbagai jenis landskap, ekosistem hutan, pertanian dan marin yang cukup cantik dimana ianya sangat sesuai untuk dijadikan pusat pelancongan.
Taiwan bukan hanya dikenali dengan budaya yang pelbagai dan lokasi yang "instagram-worthy" tetapi pulau tersebut juga mewah dengan pelbagai jenis makanan taiwan yang boleh didapati di kedai kedai yang mesra muslim atau "Muslim friendly".
Pada awal 2017, terdapat lebih 100 restoren halal dan mesra muslim serta dapur utama di Taiwan telah mendapatkan persijilan yang membolehkan para pelancong muslim menjalani percutian dengan selesa tanpa sebarang kerisauan seumpama berada di rumah sendiri
Untuk pengetahuan semua, keperluan harian penduduk muslim di negara ini dibantu oleh 3 organisasi muslim iaitu Chinese Muslim Association, Taiwan Halal Centre dan juga Islamic Association of taiwan.
Menarik lebih ramai pelancong Muslim ke Taiwan dalam kempen Salam Taiwan
Kempen Salam Taiwan yang diperkenalkan ini bertujuan untuk menarik lebih ramai orang terutama sekali yang beragama islam untuk menjadikan Taiwan sebagai destinasi pelancongan mereka di masa akan datang. Kempen ini memberi tumpuan khusus kepada aspek aspek mesra muslim termasuklah makanan dan minuman, hotel, bilik solat (Surau) serta kosmetik dan juga produk penjagaan kulit.
Salam taiwan menekankan enam teras khas yang diwujudkan untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan pelancong muslim semasa berada di taiwan. Teras yang pertama adalah LOHAS (Lifestyle of Health and Sustainability) dimana ianya adalah amalan popular di taiwan. Teras ini mengajar penduduknya untuk sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bertenaga dengan melakukan aktiviti sukan dan beriadah. Lima teras lain yang diwujudkan adalah scenery, night market, amusement park, muslim culture dan shopping.
Aplikasi untuk memudahkan pelancong muslim di Taiwan
Pengalaman melancong di Taiwan akan menjadi lebih mudah sekiranya anda menggunakan aplikasi ini, Tour Taiwan dan Halal - TW. Aplikasi Tour Taiwan menawarkan pelbagai informasi yang diperlukan oleh pelancong. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh mencari tempat tempat menarik berdekatan dengan anda, informasi tentang pengangkutan awam, maklumat berkaitan aktiviti dan festival yang menarik dan lain lain lagi. Untuk Aplikasi Halal - TW pula, ianya dapat memudahkan pelancong muslim untuk mendapatkan informasi tentang hotel, restoren halal dan tempat solat seperti masjid dan surau.Taipei Grand Mosque
Duta Salam Taiwan, Mira Filzah
Semasa Pelancaran Salam Taiwan yang berlangsung baru baru ini, Taiwan Tourism Bureau memperkenalkan logo Salam Taiwan yang membawa elemen elemen islamik dan mengumumkan perlantikan Mira Filzah sebagai duta Salam Taiwan.
Beliau telah ke Taiwan beberapa bulan yang lepas untuk menjalani pengambaran iklan dan pada masa yang sama meneroka pulau tersebut bersama tiga social media influencer (Sharifah Rose, Aisya Liyana dan Yasmin Redzuan). Klik link ini "Salam Taiwan" untuk menonton iklan tersebut.
Shooting the video in Taiwan marked the first time i set foot on the island. i have personally never thought of visiting taiwan before this and never imagined that it could leave a lasting and memorable impression on my friends and myself - Mirah Filzah
Sejujurnya, selepas menonton iklan Salam Taiwan, baru aku tahu yang pulau tersebut menawarkan banyak tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi. Anda berminat untuk melancong ke Taiwan selepas ini?
Jom ke booth Taiwan Tourism Bureau (Taiwan Pavillion) di Matta Fair 2018 yang akan berlangsung di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur (PTWC) tidak lama lagi. Booth mereka akan berada di Hall 1 (Booth 1413-1432). Bagi anda yang mengunjungi both Taiwan Tourism Bureau bermula dari 7 hingga 9 September diantara jam 10 pagi hingga 9 malam berpeluang untuk menyertai aktiviti dan mendapatkan pakej percutian yang menarik.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk berjumpa dengan duta Salam Taiwan, Mira Filzah pada hari Sabtu, 8 September jam 2 petang dimana beliau akan berkongsi pengalaman meneroka taiwan dengan tetamu yang hadir. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang mereka di www.taiwan.net.my dan www.facebook.com/tbrockl atau hubungi mereka di talian 03-20706789 (900 pagi - 530 petang).