Pakej perkahwinan yang murah dan lengkap dari MZ Catering Bangi | Sekiranya anda semua sedang mencari pakej perkahwinan di sekitar bangi, putrajaya dan kajang dengan harga yang sangat berpatutan, MZ Catering boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan kerana mereka menyediakan pelbagai pakej yang menarik. Pada hari ahad yang lepas aku berpeluang untuk ke Open Day/Hari Terbuka yang dianjurkan oleh MZ Catering dimana pada hari tersebut aku dapat melihat pakej pakej dan mencuba sendiri hidangan masakan catering dari mereka.
MZ Catering menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap untuk bakal pengantin
Berkunjung ke Open Day yang dianjurkan oleh MZ Catering memberikan pengalaman yang menarik kerana mereka membuatkan anda seolah olah menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Melangkah masuk ke dalam MZ Garden Hall yang besar dan luas ini membuatkan aku rasa cukup selesa.
Dewan yang berkeluasan 15000 kaki persegi ini mampu memuatkan lebih 1000 tetamu dalam satu masa dan ianya juga dilengkapi dengan penyaman udara. Memang cukup sesuai untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan yang ideal bagi bakal pengantin.
Dekorasi dalam dewan pula memang cantik bagi aku sebab ianya sangat simple dan minimal. Meja makan untuk tetamu pun lawa. Setting Pelamin dan meja makan beradab untuk pengantin bersama keluarga juga sangat cantik. Seriously kalau ambil pakej dari MZ Catering ini memang anda akan berpuas hati dari segi dekorasi.
Pelamin
Meja Makan Beradab
Semuanya cantik termasuklah Photobooth. Yes! MZ Catering menyediakan perkhidmatan photo booth juga untuk pelanggan. Zaman sekarang ini kalau tak ada photobooth memang tak lengkap majlis. Yang menariknya juga anda boleh menyewa Bouncy Castle dengan mereka. Kalau pergi majlis kahwin bawa anak anak, bolehlah anda luangkan masa untuk berjumpa kawan kawan serta sanak saudara dan anak anak pula boleh habiskan masa di Bouncy Castle.
Semasa hari terbuka berlangsung, MZ Catering juga menyediakan beberapa jenis lauk pauk untuk dicuba sendiri oleh tetamu dan bakal pengantin. Aku juga sempat mencuba sendiri lauk pauk yang ada disana dan hidangan yang menjadi kegemaran aku adalah Daging Masak Hitam. Antara hidangan lain yang ada disini adalah Ayam Masak Merah, Daging Salai Masak Lemak, Dalca Jelatah dan buah buahan seperti tembikai dan oren. Tak lupa juga dengan pilihan nasi yang pelbagai seperti Nasi Jagung, Nasi Beriani, Nasi putih dan Nasi Hujan Panas.
Selain itu, mereka juga menyediakan hidangan lain yang cukup menyelerakan seperti Laksa Penang dan Soto. Kuih Muih melayu dan bubur kacang pun ada disajikan kepada tetamu yang hadir tapi yang paling best semestinya kambing golek. First round tak sempat nak ambil dah habis. Sanggup tunggu kejap sebab nak makan kambing golek. haha
Penantian yang berbaloi sebab kambing golek mereka memang sedap dimakan dengan sos black pepper dan kentang putar. Jadi, untuk anda yang sedang mencari pakej yang berpatutan dikawasan bangi dan sekitarnya, bolehlah menghubungi MZ Catering dengan segera.
Pakej Pakej lain yang ditawarkan oleh MZ Catering
MZ Catering juga menawarkan banyak pakej lain yang sangat menarik untuk majlis hari jadi, berendoi, aqiqah, seminar, reunion, taklimat, kursus dan lain lain lagi. Selain MZ Garden Hall yang sesuai untuk majlis perkahwinan, MZ Catering mempunyai satu lagi dewan yang dikenali sebagai Diamond Hall yang boleh disewa dengan harga serendah RM100/sejam.
Alamat MZ Catering dan MZ Garden Hall
Lot 5057, Jalan Utama,
Kg Dato Abu Bakar Baginda,
43650 Bandar Baru Bangi
Tel : 014-3180070 (Encik Fazrul)
Waktu Operasi
0830am - 1730pm
Website
mzcatering.com
Facebook
www.facebook.com/mzcateringbangi
Instagram
www.instagram.com/mzcateringngardenhall