Pie yang sedap di Pie Harbour | Entry yang paling seronok untuk dikongsikan adalah entry yang berkaitan dengan makanan. Dua hari lepas aku ada share dengan korang semua pasal Italiano restaurant yang menyajikan pizza dan pasta yang sememang sedap ya ampun. Macam macam komen aku dapat berkaitan entry yang lepas. kalau ada yang dah pergi terjah tuh jangan lupa share sebab nak jugak tahu pendapat korang.
Marilah kita semua move on dari pizza dan pasta. Sekarang ini aku nak share pasal Pie pulak. Selalunya kalau korang teringin nak makan pie, ke mana korang pergi? Kalau aku sejujurnya sebelum ini tak pernah pon makan pie bagai. Kalau ada pon mungkin aku dah lupa dekat mana dan bila.
Sekiranya korang tak tahu nak makan apa atau memang teringin sangat nak makan pie, Pie Harbour merupakan tempat yang sesuai untuk korang singgah sebab pie yang disediakan di sini memang sedap. Pie Harbour tak banyak sangat cawangan. Kalau ikutkan maklumat yang aku dapat melalui facebook, dekat kuala Lumpur ada dua, di Sunway Putra Mall dan di Plaza Low Yat. Kalau korang berada di area bukit bintang atau Berjaya times Square boleh singgah di Plaza Low Yat. Kalau dekat area PWTC, boleh ke Sunway putra. Selain Kuala Lumpur, Pie Habour juga mempunyai cawangan di Maritime Plaza dan Gurney Paragon, Penang.
Ada pelbagai pilihan Pie untuk dinikmati, Antaranya adalah Steak and Mushroom Pie, Steak and Chips Pie, Lamb Pie, Steak and Cheese Pie, Blackpepper Chicken Pie, Chicken and Leek Pie, Chicken and Mushroom Pie, Sweet Pie dan yang paling menarik adalah Tomyam Seafood Pie. Macam mana agaknya makan Tomyam Seafood Pie? Hmm..kena try next time bila pergi.
Steak and Mushroom Pie
Pie ini kawan aku yang order sebab time ini tahap lapar aku lebih sikit, so aku order benda lain.Luckily aku rasa juga pie ini kalau tak mesti menyesal sebab pie ini memang terbaik. Kalau korang berada di area berdekatan boleh la cuba pie yang ada di Pie Harbour ini. Selain Pie, Sandwich juga ada dijual.
Red Satay Chicken Rice
Aku plak order yang ini tapi yang peliknya dalam website tak ada tapi dekat instagram ada pulak. Macam aku cakap tadilah tahap kelaparan aku terlebih sikit time ini, so aku order nasi. Untuk nasi ini aku kurang sikit mungkin salah pilih kot, mungkin aku patut cuba Baked Tandoori Chicken Rice atau BBQ Chicken Noodle. Maybe next time kot. hehe. Sekian sahaja entry berkenaan dengan Pie harbour untuk kali ini. Happy blogging everybadeh!