Barang cepat sampai bila guna lalamove

Barang cepat sampai bila guna lalamove | Pembekal perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on demand) kini telah pon dilancarkan di Malaysia. Agak teruja sebenarnya nak berkongsi tentang lalamove dengan korang semua sebab servis penghantaran yang dilakukan oleh mereka sangat pantas. Barang yang dipesan boleh sampai ke tangan kita dalam masa satu jam atau kurang darinya. 

Perkhidmatan ini berjaya merekodkan tempoh penghantaran kurang 36 minit untuk jarak sehingga 5KM, manakala bagi jarak sehingga 10KM pula Lalamove merekodkan tempoh purata 50 minit sahaja.
Sangat memberangsangkan! Kalau sebelum ini, order barang kena tunggu seminggu untuk sampai ke tangan kita. Sekarang dalam masa sehari malah beberapa minit sahaja dah boleh sampai. Siapa tak nak kan. Yang menariknya lagi, Lalamove juga boleh digunakan untuk  deliver makanan.  


Buat masa ini, ada lebih 1300 pemandu berdaftar dibawah Lalamove dan mereka telah menyempurnakan lebih kurang 300 penghantaran setiap hari. Servis penghantaran dilakukan dengan menggunakan motosikal dan kereta. Mereka bakal meluaskan lagi pilihan perkhidmatan seperti van dan trak pada masa akan datang bagi memenuhi keperluan pengguna.

Charge perkhidmatan pula bermula dengan RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukannya berdasarkan berat pakej.
Bagi korang yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan dari Lalamove, bolehlah download aplikasi mereka di playsore dan apple store sekarang dan gunakan kod promosi "GOODNEWS" untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM8. Selamat mencuba!
Terbaru Lebih lama