Buka puasa di Hotel Dorsett Grand Subang

Buka puasa di Hotel Dorsett Grand Subang | Bulan ramadhan dah nak dekat tapi aku masih lagi ada beberapa entry buffet ramadhan yang aku nak kongsikan dengan korang semua dan untuk kali ini kita akan tengok apa yang ada di Hotel Dorsett Grand Subang.


Buffet Ramadhan di The Dorsett Grand Subang

Buffet ramadhan yang berkonsepkan Citarasa Ramadan di hotel ini menawarkan pelbagai jenis makanan yang cukup menyelerakan. Antara yang menjadi tumpuan adalah sup gear box yang dihidangkan bersama roti benggali. Selain itu, kambing panggang juga turut menjadi pilihan ramai.


Mereka juga menyediakan pelbagai jenis hidangan lauk pauk dan beberapa jenis nasi untuk korang semua nikmati. Antaranya adalah asam pedas tetel, fried fish chilli paste (Ikan goreng masak cili), nasi biryani udangnasi biryani gam dengan pilihan lauk ayam daging atau kambing, seafood on ice, fried hokkien noodles dan macam macam lagi. 


Ulam ulaman, ikan masin, sambal belacan dan beberapa jenis kerabu juga disajikan bersama bagi melengkapkan hidangan nasi para tetamu yang hadir untuk berbuka puasa disini. Menu menu lain seperti char kueh teow gorengbubur lambuk dan satay turut terhidang dibahagian luar bangunan untuk memberikan tetamu pilihan yang pelbagai.


Hidangan berat yang cukup banyak ini pastinya akan membuatkan semua orang kenyang tetapi tidak sempurnalah hidangan korang sekiranya tidak mencuba pencuci mulut, buah buahan dan ais krim berperisa durian D24/vanilla/strawberi/coklat yang ada di Hotel Dorsett Grand Subang. 


Untuk pengetahuan semua juga, buffet ramadhan di Hotel Dorsett Grand Subang akan dihiburkan oleh Sri Kanchana Ghazal secara live. Pastinya lebih meriah kan bila dapat makan makanan yang sedap sambil mendengar aluyan suara dan muzik dari mereka! Jadi, tunggu apa lagi? Jom buat tempahan sekarang. Sekiranya berminat, korang boleh rujuk info info yang aku sertakan dibawah ini.

Buffet Ramadhan Citarasa Ramadan 
Hotel Dorsett Grand Subang
Jalan SS12/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia

Harga (Terazza Brasserie)
RM165nett Dewasa
RM83nett Kanak Kanak
RM132nett Senior Citizen

Harga (Melati Room)
RM155nett Dewasa
RM78nett Kanak Kanak
RM124nett Senior Citizen

Promosi - Early Bird Special (Untuk tempahan bermula dari 16 March  2018 hingga 16 May 2018)
Mendapat Potongan harga sebanyak 25%

Untuk Tempahan
0350316060
bookfnb.subang@dorsetthotels.com
Terbaru Lebih lama