Nikmati Buffet Ramadhan Tradisi Malaysia 2018 di The Venue Shah Alam

Nikmati Buffet Ramadhan Tradisi Malaysia 2018 di The Venue Shah Alam | Tema berbuka puasa di The Venue Shah Alam untuk tahun ini adalah Buffet Ramadhan Tradisi Malaysia. Hidangan berbuka puasa kali ini disediakan oleh Chef Nabil Md Salleh yang membawakan pelbagai jenis menu menu melayu dari seluruh pelusuk negeri.


Buffet Ramadhan Tradisi Malaysia 2018

Pada 26 April yang lepas aku sempat berkunjung ke The Venue Shah Alam untuk mencuba beberapa menu buffet ramadhan mereka yang bakal dihidangkan pada bulan ramadan akan datang. Aku sangat teruja sebab ada banyak pilihan makanan dari pelbagai pelusuk negeri yang cukup menyelerakan seperti Daging kerutup dari Terengganu, Daging Masak Lemak Cili Padi dari Negeri Sembilan, Nasi Syamin dari Johor dan banyak lagi.


Mereka menyediakan beberapa pilihan lauk pauk berasaskan ayam, daging dan juga makanan laut untuk santapan para tetamu yang hadir untuk berbuka puasa. Antaranya ayam masak merah, ayam madu, ayam kurma kentang, ayam kampung goreng berempah, daging masak hitam, lala goreng pedas, fish fillet tiga rasa dan juga kari ikan bendi


Selain lauk pauk yang cukup sedap ini, The Venue Shah Alam juga menghidangkan sayur campur, taugeh goreng, sayur air petola, kerabu mangga, kerabu daun selom/kerang, kerabu puck ubi/rebung, sambal belacan, sambal tempoyak, sambal kicap, aneka ulam ulamanikan masin bulu ayam, ikan masin sepat, ikan masin talang dan telur masin untuk melengkapkan hidangan nasi para pelanggan dan tetamu.


Dekat sini bukan hanya ada nasi dan masakan lauk pauk sahaja, mereka juga mempunyai menu menu lain seperti asam laksa, bihun sup utara, mee kari, laksa penang, sup tulang, bakso, laksa johor dan banyak lagi. Kudap kudapan seperti keropok ikan, papadom, keropok udang, kueh mueh melayu dan aneka air juga turut terhidang untuk korang semua nikmati. 


Pada tahun 2018, The Venue Shah Alam juga  telah melancarkan Event Hall yang mampu memuatkan lebih kurang 250 tetamu pada satu satu masa dan untuk buffet ramadan mereka akan menggunakan dewan ini bersama grand ballroom yang boleh memuatkan 400 tetamu. Memang cukup luas dan selesa. Sepanjang buffet ramadhan berlangsung disana, para tetamu boleh menunaikan solat di bilik solat yang disediakan.

Untuk pengetahuan semua, menu buffet ramadhan di The Venue Shah Alam akan di "rotate" untuk memberikan pilihan yang pelbagai kepada pelanggan. Jadi, menu untuk hari yang korang pergi berbuka puasa nanti mungkin berbeza dengan menu yang aku kongsikan dalam entry ini which is pada aku sangat menarik.

Buffet Ramadhan Tradisi Malaysia 2018
The Venue Shah Alam
No.15 Jalan 15/22,
Tiong Nam Park, 
Seksyen 15, 40200,
Shah Alam,
Selangor

Harga 
RM68nett Dewasa
RM60nett Senior Citizen berumur 55 tahun keatas
RM40nett Kanak Kanak berumur 4 hingga 12 tahun

Promosi - Early Bird (untuk tempahan bermula 15 April 2018 hingga 10 May 2018)
RM58nett Dewasa
RM50nett Senior Citizen berumur 55 tahun keatas
RM35nett Kanak Kanak berumur 4 hingga 12 tahun

Private Buka Puasa gathering
Mereka menyediakan seleksi menu dengan harga RM50nett seorang untuk minimum 100 orang tetamu.

Sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan, hubungi 0198585825/5375 dengan segera. Korang juga boleh layari facebook page dan instagram The Venue Shah Alam seperti yang tertera. 

Facebook
Instagram
Terbaru Lebih lama