Buffet Ramadhan di Kedai Kopi Journal | Bagi yang bekerja di ibu ini adalah peluang korang untuk ke Kedai Kopi Journal yang terletak di The Kuala Lumpur Journal pada bulan ramadhan ini kerana mereka menyediakan buffet ramadhan yang cukup menyelerakan.
Buffet Ramadhan "Selera Malaya" di Kedai Kopi Journal
Buffet ramadhan di hotel The Kuala Lumpur Journal yang berada di tengah tengah ibu kota ini menggunakan tema Selera Malaya dimana pelbagai jenis hidangan disediakan untuk para tetamu termasuklah masakan signature yang menjadi kegemaran pengunjung tetap mereka iaitu kari kepala ikan dan rendang daging.
Kedai Kopi Journal juga menyajikan hidangan lain yang tidak kurang sedapnya juga seperti ikan pari asam pedas, ayam kapitan, ayam percik dan juga kambing masak kurma untuk dimakan bersama nasi putih dan nasi tomato.
Untuk melengkapkan lagi hidangan, mereka menyediakan ulam ulaman, sambal belacan, budu, cencalok dan beberapa jenis keropok yang bakal menambahkan lagi selera malaya korang ketika menikmati hidangan lauk pauk beserta nasi di Kedai Kopi Journal.
Untuk memberikan pilihan yang pelbagai, korang juga boleh mencuba soto ayam, rojak buah, pasembor dan yang paling menarik adalah lok lok station yang menyediakan 30 jenis lok lok. Kebiasaannya korang hanya boleh dapat lok lok nih di gerai gerai atau pasar malam sahaja tapi kali ini The Kuala Lumpur Journal membawakan lok lok di Kedai Kopi Journal untuk dinikmati pada buffet ramadhan mereka pada tahun ini.
Selain itu, pencuci mulut dan minuman yang pelbagai juga dihidangkan untuk para tetamu yang hadir. Antaranya adalah aneka kuih melayu, aiskrim, chocolate fountain dan pilihan minuman pula mereka menyediakan air soya, cincau, bandung, kurma dan lain lain lagi.
Lokasi restoren/cafe dan hotel ini juga sangat strategik dimana korang tidak perlu menggunakan kenderaan senditri untuk menikmati hidangan buffet ramadhan kerana ianya berada sangat dekat dengan Monorel dan MRT Bukit Bintang. Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, korang boleh rujuk info info yang aku sertakan dibawah ini. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka puasa.
Selera Malaya di Kedai Kopi Journal
The Kuala Lumpur Journal Hotel
No.30 Jalan Beremi,
Off Jalan Sultan Ismail,
50200 Kuala Lumpur
Harga
RM118nett Dewasa
50% OFF Kanak kanak berumur 11 tahun kebawah
Percuma Kanak kanak berumur 5 tahun kebawah
Untuk Tempahan
Email : fbm@kljournal.com
Telefon : 0321102211
Facebook
Instagram