Nikmati Buffet Selera Ramadhan berkonsepkan pasar malam di PWTC

Nikmati Buffet Selera Ramadhan berkonsepkan pasar malam di PWTC | Pada 16 April 2018 yang lepas aku berpeluang untuk menghadirkan diri ke Restoren Riverside yang terletak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk majlis ulasan media mengenai Buffet Selera Ramadan yang akan menemui korang semua bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 13 Jun 2018 akan datang.


Buffet Selera Ramadan berkonsepkan Pasar Malam

Buffet selera ramadan di restoren ini menawarkan lebih 300 juadah makanan termasuk 24 buah gerai makanan yang berkonsepkan pasar malam. Antara masakan yang dihidangkan di 24 gerai makanan selera ramadan ini adalah tauhu bakar, nasi dagang, pisang goreng, burger, putu piring, apam balik, cucur pisang, roti john, sate, cempedak goreng, roti canai, aneka kuih melayu dan macam macam lagi.


Selain menu pasar malam, mereka juga menyediakan pelbagai menu istimewa masakan ala kampung yang bertukar setiap hari. Antara masakan yang aku berpeluang untuk cuba pada hari tersebut adalah ayam goreng kunyit, daging gulai kawah, daging rendang tok, kambing goreng berempah, siput sedut masak lemak cili padi, udang sambal petai, sayur pucuk ubi lemak tempoyak dan sayur pucuk paku goreng belacan.


Bukan itu sahaja, korang juga dapat mencuba pelbagai jenis hidangan ikan masin, sambal, ulam ulaman, keropok, acar dan beberapa variasi kerabu yang menjadi tumpuan ramai seperti kerabu sotong, kerabu ayam, kerabu udang, kerabu mangga, kerabu jantung pisang, kerabu perut,kerabu kacang botol,kerabu hati, kerabu nenas, kerabu paru dan lain lain.


Tak lengkap rasanya kalau buffet ramadan tanpa pilihan pencuci mulut yang menyelerakan serta minuman yang pelbagai pilihan kan. Jangan risau sebab dekat sini korang akan dijamu dengan 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, mousse, pudding, buskit, puding roti, air tebu, air mata kucing, air sirap dan air barli.


Pakej berbuka puasa persendirian dan korporat

Selain dari buffet ramadan yang diadakan di Restoren Riverside, mereka juga menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di dewan bankuasi dengan harga RM98.00nett seorang dengan tempahan 100 orang ke atas dan untuk tempahan 50 orang pula dikenakan sebanyak RM115.00 seorang. Pakej ini termasuk hidangan buffet, sistem audio, dewan berbuka puasa, ruang untuk khas untuk solat dan juga bayaran parkir tetap RM5.00 sekali masuk yang bermula pada jam 6 petang.

Program beramal di bulan ramadhan oleh PWTC

Mereka juga menganjurkan program program amal sepanjang bulan ramadan seperti menaja bungkusan makanan berbuka puasa untuk diedarkan kepada keluarga fakir miskin disekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Makanan untuk berbuka puasa ini juga akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan didalam program Sentuhan Kasih Ramadan dengan kerjasama Yayasan Kasih Tauhid.

Program Beramal Di Bulan Ramadan juga turut dianjurkan untuk memberi sumbangan bekalan makan dan tunai ke beberapa buah rumah anak yatim dan rumah penjagaan orang orang tua yang terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor

Cara untuk membuat tempahan Buffet Selera Ramadhan berkonsepkan pasar malam di PWTC

Sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan atau ingin membeli baucer buffet selera ramadhan di PTWC boleh ke kaunter tempahan yang terletak di Aras 2 PWTC. ianya dibuka bermula dari jam 9 pagi hingga ham 5 petang atau korang juga boleh menghubungi Restoren Riverside di nombor 0326146701/6702/6262.

Buffet Selera Ramadhan berkonsepkan pasar malam @ PWTC
RM88nett Dewasa
RM75nett Warga Emas berusia 60 tahun ke atas
RM45nett Kanak Kanak berusia 7 hingga 12 Tahun
*PWTC juga menawarkan pembelian baucer early bird dengan harga RM75nett bagi korang yang membeli sebelum 16 Mei 2018.


Terbaru Lebih lama