Jom beli kuih raya dan kudap kudapan di My Delicacies

Beli kuih raya dan kudap kudapan di My Delicacies | Sepanjang bulan mei ini aku asyik bercerita tentang buffet ramadhan jer almaklumlah dah nak dekat bulan puasa kan. Apa kata kali ini aku kongsikan tentang lokasi membeli kuih raya dan kudap kudapan pulak.


My Delicacies menjual kudap kudapan dan kuih raya sepanjang tahun

Salah satu kedai yang menarik perhatian aku adalah My Delicacies yang menjual lebih kurang 100 produk makanan kering termasuk serunding, kuih muih raya, kudap kudapan seperti kerepek/maruku, sambal hitam dan lain lain lagi. Sejujurnya aku tak pernah dengar pon tentang My Delicacies sebelum ini sehinggalah aku diberi peluang untuk turut bersama dalam majlis pelancaran cawangan mereka yang kedua di Busana menara MARA baru baru ini.


Membuka cawangan baru di Busana menara MARA menunjukkan bahawa perniagaan mereka kini sedang berkembang pesat dan untuk pengetahuan semua, cawangan pertama My Delicacies terletak di Jakel Mall. Mereka juga membuka booth di kedua dua tempat ini untuk memudahkan pelanggan membeli produk produk mereka.


My Delicacies ini ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Puan Suhaily Hamzah bagi membantu usahawan usahawan kecil diluar sana untuk memasarkan produk mereka. Pengasas My Delicacies, Puan Suhaily adalah seorang yang sangat teliti dalam pemilihan produk produk yang bakal dipasarkan di kedai beliau. Ini untuk memastikan pelanggan yang membeli produk makanan di My Delicacies berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan oleh mereka.


Menariknya juga, My Delicacies menjual produk produk makanan ini sepanjang tahun. Kalau teringin nak makan kuih raya bila bila masa pon still boleh datang singgah di mana mana cawangan mereka untuk dapatkan kuih raya kegemaran korang.


Aku sempat mencuba beberapa produk makanan yang dijual disitu dan ternyata kebanyakannya menepati citarasa aku. Antaranya adalah kerepek ubi emak pedas basah, crunchy caramel popcorn, serunding ayam dan serunding daging. Fakta menarik tentang serunding hasil tangan ibu mertua Puan Suhaily ini, ianya direbus dan dimasak menggunakan kayu api. Zaman sekarang ini memang jarang orang guna dapur kayu api tetapi mereka masih lagi mengamalkannya.


Jadi, sekiranya korang ingin mendapatkan produk produk makanan yang pelbagai dan sedap ini bolehlah berkunjung ke My Delicacies di cawangan Jakel Mall dan Busana menara Mara. Rujuk info info dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan My Delicacies.

My Delicacies Busana menara Mara
Lot No. 01-03 Aras 1,
Busana@Menara MARA,
232 Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur

My Delicacies Jakel Mall
Lot G04 (Ground Floor),
Signature A&B Lot 159,
Jakel Square Persiaran Capsquare,
Off Jalan Munshi Abdullah,
50100 Kuala Lumpur

Facebook
Instagram
Terbaru Lebih lama