Back To Back Raya Galore 2018 | Mood Republik

Back To Back Raya Galore 2018 | Mood Republik | Tiga hari berturut turut selama 72 jam tanpa henti! Itulah kelainan yang dibawakan oleh Mood Republik. Ianya bakal menjadi tumpuan ramai orang diluar sana kerana Back To Back Raya Galore 2018 membawakan lebih 1000 jenama termasuklah Ice Watch, Timberland, Elianto, Vida Beauty, Rico Rinaldi, D'herbs, Ezuwan Ismail, Mimpi Kita, Melinda Looi, Jubah Suoq, Super Coffee, Losravelda, Shawl Publika, Sugarscarf, Bokitta Hijab, Naelofar Hijab, Stravillion, Jannah Noe, Lily Petuna, Zawara, Dyxy Cosmetic, Alfio Raldo dan lain lain lagi.


Hujan Duit sebanyak RM100,000 

Aku sempat hadir ke sidang media Mood Pepublik baru baru ini dan aku mendapat pelbagai info info menarik mengenai Mood Republik "Back To Back Raya Galore 2018" yang bakal diadakan tidak lama lagi. Antaranya adalah Hujan Duit yang menjadi tradisi mereka kembali lagi pada tahun ini. RM100,000 bakal menghujani lobi PWTC pada upacara pembukaan. Ianya adalah pemberian ikhlas dari Mood Republik kepada pengunjung yang tidak henti henti memberi sokongan kepada mereka sejak dari awal lagi. Selain itu, 100,000 pengunjung terawal juga akan mendapat beg hadiah percuma sumbangan kesemua jenama yang terlibat.


Memperkenalkan Penaja Utama Mood Republik : Back To Back Raya Galore 2018

Dalam majlis tersebut, Mood Republik juga memperkenalkan penaja penaja utama mereka seperti Shopee, Volkswagen dan Grab. Berita baik untuk pengunjung, pihak Grab akan meyediakan rebat istimewa kepada pengguna mereka yang ingin datang membeli belah di PWTC sempena Back To Back Raya Galore 2018 dan untuk edisi kali ini, pengunjung boleh berbelanja dengan tenang dan lebih selesa kerana korang boleh berbuka puasa, solat terawih dan bersahur di PWTC sepanjang Back To Back Raya Galore berlangsung.


Peluang untuk membeli produk keluaran artis dan selebriti kegemaran

Artis dan selebriti tanah air yang mempunyai jenama sendiri juga turut memeriahkan festival ini. Antaranya adalah Zapatos by Zain Saidin, RTW by Nursajat, MRP by Fattah Amin, Trudolly by Fazura, Sephia by Janna Nick, Wak Doyok, RCW by Rozita Che Wan, Wawa & Azril Zafril, Malaed by Hairul Azreen, Mika Series by Zoey Rahman, Cakenis by Hanis ZalikhaOwl by Nora Danish, Impian by Nelydia Senrose, Charms Foundation by Hael Husaini serta dua artis dari indonesia iaitu Rossa (Rossa Perfume) dan Randy Pangalila (Secret Perfume by Bellesa).

Menangi hadiah menarik

Korang bukan sahaja dapat membeli belah tetapi pada masa yang sama berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dan memiliki sebuah kereta Volkswagen Bettle Sports yang bernilai RM230,000 dengan hanya berbelanja serendah RM97 di dalam satu resit. Untuk pengetahuan semua, selain PWTC, Back To Back Raya Galore 2018 juga akan diadakan di negeri kelantan, kedah dan pahang.

Lokasi Back To Back Raya Galore 2018
  • Kelantan 18 dan 19 Mei 2018 - Grand Riverview Hotel Kota Bharu
  • Kedah 1 dan 2 Jun 2018 - Tabung Haji Hotel & Convention Centre Alor Setar
  • Pahang 2 dan 3 Jun 2018 - Zenith Hotel Kuantan
  • Kuala Lumpur 8,9 dan 10 June 2018 - PWTC
Terbaru Lebih lama