6 cara mudah untuk membayar zakat melalui PPZ-MAIWP

6 cara mudah untuk membayar zakat melalui PPZ-WAIMP | Pengumuman puasa untuk tahun 2018 telah pon dilakukan semalam. Salah satu benda yang bermain dalam fikiran aku bila tibanya bulan ramadhan adalah zakat. Ada beberapa jenis zakat yang boleh ditunaikan iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat emas, zakat KWSP, zakat saham, qadha zakat dan yang terakhir sekali adalah zakat fitrah. Untuk pengetahuan semua, zakat fitrah sebanyak RM7 ini boleh dilakukan di mana mana  kaunter cawangan PPZ WAIWP.


6 Cara mudah untuk membayar zakat di bulan ramadhan 

Bercakap tentang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ WAIWP) baru aku teringat yang mereka sebenarnya ada menyediakan perkhidmatan pengutipan zakat yang sangat memudahkan semua orang di bulan ramadhan yang mulia ini. 


11 Kaunter zakat PPZ-WAIMP

PPZ-MAIWP menyediakan 11 kaunter dibeberapa lokasi bagi memudahkan semua orang membuat pembayaran. Ianya dibuka bermula jam 815 pagi hingga jam 430 ptg setiap hari termasuk hari cuti umum. Dibawah ini aku senaraikan kesemua lokasi kaunter untuk rujukan korang semua.
  • Dataran Shamelin Perkasa (HQ PPZ-WAIMP)
  • Plaza Rah Kampung Baru
  • Masjid Negara
  • KLSC Wangsa Maju
  • UTC Pudu Sentral
  • Presint 9 Putrajaya
  • Presint 15 Diplomatik Putrajaya
  • Masjid Al-Iman Al-Ghazali Kepong
  • Anjung Niaga Masjid At Taqwa TTDI
  • Masjid Abdul Rahman Bin Auf Jalan Puchong
  • Labuan Times Square

Portal PPZ-WAIMP

Korang boleh membuat pembayaran zakat melalui portal PPZ-WAIMP. Ianya sangat mudah kerana mereka menyediakan kalkulator zakat dimana korang boleh membuat pengiraan zakat dengan lebih cepat dan seterusnya bayaran boleh dibuat secara online menerusi FPX.

Perbankan Internet

Boleh dikatakan semua orang mempunyai kemudahan internet tak kira dimana sahaja mereka berada. Jadi, PPZ-WAIMP melantik 14 bank sebagai agen untuk memudahkan pembayaran zakat.  Semuanya dihujung jari sahaja!

Skim TOHIR (Skim potongan gaji zakat)

Dapatkan borang O52 menerusi portal PPZ-WAIMP, pihak majikan atau di mana mana 11 Kaunter PPZ-MAIWP. Seterusnya , kira zakat, isikan jumlah zakat yang ingin ditambah dan selepas selesai, hantar borang tersebut kepada PPZ-WAIMP (di mana mana 11 Kaunter PPZ-MAIWP) atau serahkan sahaja kepada majikan.

Autodebit Maybank

Pembayaran zakat juga boleh dibuat dengan Autodebit Maybank. Borang untuk Autodebit Maybank boleh didapati di mana mana 11 kaunter PPZ-WAIMP yang aku senaraikan diatas. Kalau nak dapatkan penerangan mengenai pembayaran Autodebit Maybank ini korang boleh hubungi PPZ-WAIMP ditalian 1 300 88 5757 atau tanya sahaja mereka di mana mana 11 kaunter PPZ-WAIMP yer.

Bayaran zakat menerusi MYEG

Layari www.myeg.com.my untuk membuat pembayaran.


Memang tidak dinafikan yang PPZ-WAIMP cuba sedaya upaya untuk memberi kemudahan kepada mereka yang ingin membayar zakat dan mereka juga memberi perkhidmatan istimewa kepada yang membuat pembayaran melalui Kaunter PPZ-WAIMP yang disediakan. Antaranya adalah :

Perkhidmatan Istimewa di 11 Kaunter PPZ-WAIMP

  • Taksiran zakat
  • Mesin timbangan emas bagi kiraan zakat emas
  • Pembayar zakat boleh menyemak rekod zakat tanpa mengira tahun bayaran
  • Khidmat nasihat berkaitan zakat
  • Pembayar zakat boleh mendapatkan salinan pembayaran yang telah dibuat
  • Pembayaran zakat boleh dibuat  secara tunai, cek, kad kredit, dan kad perbankan Islam.
  • Mesin mengira wang bagi membolehkan pengiraan wang dilakukan dengan telus
Yang paling menarik, cenderahati istimewa seperti produk asnaf disediakan untuk mereka yang membayar zakat di kesemua saluran bayaran zakat diatas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, korang boleh menghubungi mereka ditalian zakat PPZ-WAIMP 1 300 88 5757. Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak semua!

Laman sesawang
Facebook
Instagram
Terbaru Lebih lama