Tangani masalah gangguan tidur dan insomnia bersama Amlife

Tangani masalah gangguan tidur dan insomnia bersama Amlife | Pada 16 April yang lepas, pakar kesihatan tidur Am Life International Sdn Bhd mengadakan satu majlis yang cukup penting dimana mereka menekankan tentang isu peningkatan kadar Insomnia di Asia Pasifik dan sekaligus memperkenalkan tilam perubatan penjagaan kesihatan tidur dengan terapi keupayaan eletrik yang mampu menyelesaikan masalah mereka yang mengalaminya.


Beberapa pakar tidur dan kesihatan antarabangsa bersama Amlife membincangkan tentang masalah insonmia/gangguan tidur dan kesannya kepada tubuh badan serta kehidupan harian kita. Aku rasa cukup bertuah kerana dapat turut serta dalam kempen CSR yang sebegini kerana aku mendapat banyak info tentang penjagaan tidur yang berkualiti.


Untuk pengetahuan pembaca blog luqman zakaria, Am Life International telah bekerjasama dengan Persatuan Tidur Sedunia dan beberapa organisasi yang cukup berprestij dalam industri teknologi tidur untuk mengurangkan masalah insomnia yang dialami oleh ramai orang. Pada tahun lepas, Amlife berjaya merangkul satu Anugerah Kehormat Hari Tidur Sedunia oleh kongres bersama Persatuan Perubatan  Tidur Sedunia (WASM) dan Persatuan Tidur Sedunia.

Pada tahun ini pula, mereka bergiat aktif menganjurkan ceramah kesihatan dan bengkel untuk orang ramai di negara negara Asia Pasifik seperti Malaysia, Taiwan, Singapura dan Indonesia. Mereka juga turut berkongsi tips dan penyelesaian untuk masalah Insomnia/gangguan tidur.

Photo courtesy by Mawardi Yunus
Antara yang hadir semasa majlis ini diadakan adalah Pakar psikiatri dan pakar tidur dari itali iaitu Professor Laura Palagini. Beliau dijemput untuk memberi penerangan tentang peranan tidur yang berkualiti. Menurutnya, selain diet yang seimbang dan pemakanan yang sihat, tidur yang berkualiti juga perlu dijaga dengan baik untuk mengelakkan masalah seperti diabetes, obesiti dan lemah sistem imun dimana ia akan menyebabkan pelbagai keadaan psikologi seperti murung, resah dan sebagainya.

Pakar dalam bidang perubatan barat dari jepun, Dr. Koyabu Miki juga turut bersama dalam majlis ini untuk menjelaskan tentang gangguan tidur dan kesan buruknya terhadap tubuh kita. Beliau juga menjelaskan kepada kami semua bahawa sebenarnya ada banyak penyakit gaya hidup yang mengakibatkan pesakit tidak dapat bergerak dan terlantar di atas katil. 

Kefahaman, corak tidur dan tabiat tidur rakyat Malaysia

Nielsen Malaysia baru baru ini telah pon menjalankan kaji selidik tentang kefahaman, corak tidur dan tabiat tidur rakyat Malaysia. Aku senaraikan beberapa hasil kajian yang penting untuk kita semua renungkan dan ambil iktibar kerana hasil tinjuan ini adalah dari mereka yang mengalaminya sendiri.
  • 9 dari 10 rakyat Malaysia mengalami masalah tidur
  • Purata rakyat Malaysia hanya dapat tidur kira kira 6 jam (berbanding 7 hingga 9 jam yang disyorkan)
  • Punca uama masalah tidur adalah tekanan, keresahan dan kemurungan
  • Kesan kesan gangguan tidur termasuklah sakit kepala, lesu, sukar untuk berfikir atau memberi tumpuan dan sakit bahu dan leher
  • Rakyat Malaysia bersetuju bahawa adalah penting untuk menyelesaikan masalah ini tetapi 40% daripada mereka tidak tahu caranya 

Tilam perubatan penjagaan kesihatan tidur dengan terapi keupayaan eletrik


Keputusan tinjuan tentang kefahaman, corak tidur dan tabiat tidur rakyat Malaysia menunjukkan bahawa sememangnya ramai diantara kita mengalami masalah tidur. Dengan itu, Amlife dengan secara rasminya mengeluarkan tilam perubatan penjagaan kesihatan tidur dengan terapi keupayaan elektrik untuk membantu menyelesaikan masalah tidur.


Tilam Amlife menggunakan keupayaan eletrik dan terapi haba yang terbukti secara saintifik dapat mejaga kesihatan secara holistik. Terapi ini berasal dari negara jepun sejak dari tahun 1928 lagi dengan sokongan kajian klinikal. Mungkin ada yang tertanya tanya, bagaimana ianya berfungsi? Dibawah ini ada sedikit penerangan tentang bagaimana ia dapat membantu mengurangkan masalah gangguan tidur.
Pada asasnya, terapi keupayaan elektrik mengecas semula badan dengan ion positif dan memulihkan fungsi sel ke tahap optimum. Fungsi terapi haba pula adalah untuk menyelimuti pelanggan dengan kehangatan yang memberikan kelegaan dan keselesaan sehingga memasuki mod tidur yang nyenyak bagi membolehkan badan mula pulih dan sembuh dengan sendiri.


Penting untuk semua tahu bahawa tilam keupayaan eletrik Amlife ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Jepun dan Taiwan sebagai peralatan perubatan dan telah melepasi beberapa ujian pemeriksaan ketat termasuk pengsijilan Pengurusan Kualiti Antarabangsa ISO 9001:2008. Mereka juga telah diiktiraf sebagai pusat elektroterapi terbesar di Malaysia oleh Buku Rekod Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Amlife, korang boleh layari laman sesawang mereka di www.amlife.my
Terbaru Lebih lama