Buka Puasa di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside | Magical Ramadhan Night

Buka Puasa di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside | Magical Ramadhan Night | Bertemakan "Celebrate your breakfasting with us" Pullman Putrajaya Lakeside membawakan buffet ramadhan yang sangat meriah dimana lebih 300 jenis makanan disediakan untuk para tetamu yang berbuka puasa bersama mereka.


Magical Ramadhan Night di Pullman Putrajaya Lakeside

Buffet ramadhan di Hotel ini diadakan di tempat terbuka dimana ianya mampu memuatkan lebih kurang 10,000 tetamu. Setiap sudut dipenuhi dengan makanan yang cukup banyak dan menyelerakan. Pelbagai jenis makanan disediakan termasuklah masakan melayu dan international seperti masakan dari thailand, myanmar, vietnam dan juga cambodia.


Setiap sudut membawakan pilihan makanan dari pelbagai negara membuatkan pengalaman berbuka puasa di sini cukup menarik dan berbeza. Pada tahun ini, Hotel Pullman Putrajay Lakeside bukan sahaja menyediakan masakan melayu dan South East Asia sahaja malah masakan dari Itali, India dan Middle East juga turut terhidang untuk dinikmati.


Tak lupa juga Salad Bar, BBQ Seafood Bar, Zamdan's Juicy Meat Skeewers dan Dessert Room yang dipenuhi dengan pencuci mulut. Selain itu, korang juga boleh menikmati durian sepuas puasnya kerana mereka membuka satu booth khas untuk durian. Bagi penggemar buah durian diluar sana, aku sarankan korang datang berbuka puasa disini! Aku yakin korang akan berpuas hati.


Selain makanan yang lazat, Hotel Pullman Putrajaya Lakeside juga menyediakan pelbagai aktiviti aktiviti menarik untuk menghiburkan mereka yang hadir. Antaranya adalah persembahan live, saxophone music, stilt walker, badut, fire eaters, LED hover board shows dan lain lain lagi.

Magical Ramadhan Night | Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
15 Mei 2018 - 14 June 2018
RM188nett Dewasa
RM110nett Kanak Kanak

Untuk Tempahan
Pullman Putrajaya Lakeside
No. 2 Jalan P5/5, 62200 Putrajaya,
Malaysia
Tel : 0388900000 / Whatsapp : 0168900142
Email : magicalramadhan@pullmanputrajaya.com

Maklumat Lanjut
Terbaru Lebih lama