Sajian Selera Desa di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar

Sajian Selera Desa di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar | Pada tahun ini, Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar sekali lagi mengadakan buffet ramadhan di Restoren Link-All Day Dining untuk memeriahkan lagi sambutan bulan puasa yang akan tiba tidak lama lagi. Mereka bakal menyajikan para tetamu dengan pelbagai jenis pilihan makanan  melayu dan juga barat.


Buffet ramadhan di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar

Pada tahun ini, Chef Juzaili menghidangkan beberapa hidangan istimewa sempena bulan ramadhan termasuklah nasi ikan, gulai kawah, bubur lambuk dan juga sup ekor yang menjadi kegemaran ramai apabila mereka berbuka puasa di hotel ini.


Antara hidangan lain yang ada disini adalah lauk pauk yang cukup enak untuk dimakan bersama dengan nasi. Korang juga boleh menikmati pelbagai jenis kuih muih dan buah buahan termasuk buah  durian yang menjadi kegemaran ramai.



Pilihan makanan disini memang sangat banyak sampaikan aku sendiri pon tak sempat nak cuba kesemuanya tapi aku sempat mengambil beberapa menu menu untuk hidangan buffet ramadhan akan datang. Jom kita tengok lagi apa lagi makanan yang dihidangkan di Pullman Kuala Lumpur Bangsar.


Selain makanan yang menyelerakan, korang juga boleh mendengarkan dendangan lagu dari Ghazal Band sambil menikmati makanan disini bersama keluarga dan rakan rakan.Aku ada berita baik untuk semua yang sedang membaca artikel ini. Bagi korang yang membuat tempahan bermula dari 1 March hingga 15 Mei 2018 dapat menikmati 25% diskaun

Sajian Selera Desa Dinner Buffet | Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar
15 Mei 2018 - 10 June 2018
RM168nett Dewasa
RM84nett Kanak Kanak 12 Tahun kebawah

Untuk membuat tempahan, korang boleh menghubungi nombor ini 0322981888 extension 5000 atau email mereka di H7962-FB5@accor.com.  Tunggu apa lagi! Jom buat tempahan sekarang!
Terbaru Lebih lama