Berbuka puasa dengan 150 jenis hidangan di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral | Lokasi berbuka puasa yang aku ingin kongsikan dengan anda semua untuk kali ini adalah Restoren Nook yang terletak di Hotel Aloft, berhampiran dengan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral). Lokasi hotel ini sangat strategik dan ianya mudah diakses dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, Monorel, MRT dan juga bas.
Nikmati masakan warisan kampung di Restoren Nook sempena bulan ramadhan
Kambing golek berempah kuzi
Hidangan berbuka puasa yang bertemakan masakan warisan kampung di hotel ini menawarkan lebih 150 jenis makanan yang cukup menyelerakan termasuklah kambing golek berempah kuzi, nasi ayam dan itik, satay dan bubur lambuk beratur.
Slow braised beef rendang
Sempena bulan ramadhan, Restoren Nook sentiasa menyajikan hidangan "signature" mereka iaitu Slow Braised Beef Rendang yang dimasak selama 7 jam dengan campuran rempah ratus dimana ia akan menjadikan rendang daging ini enak untuk dinikmati oleh semua yang hadir untuk berbuka puasa disini.
Mereka juga menyediakan pelbagai jenis lauk pauk untuk dinikmati bersama nasi hujan panas, nasi putih dan nasi minyak jagung. Antaranya adalah sayur rampai goreng, kepah masak lemak, masak lemak telur itik, ikan masak asam pedas melaka, gulai daging tetel, kari daging kentang dan banyak lagi.
Masakan cina, india dan barat juga diselitkan bersama untuk memeriahkan lagi suasana berbuka puasa. Hidangan yang menjadi pilihan chef untuk ditampilkan adalah wok-fried butter milk prawn, sze chuan style bean curd with minced chicken, lasagna, smoked barbecue chicken wing, sarawak laksa dan lain lain.
Kerabu, tauhu sumbat, ulam ulaman, murtabak, gado gado, roti john, goreng pisang, rojak buah, cempedak dan keropok lekor juga disediakan oleh restoren ini untuk kudap kudapan. Tidak cukup dengan itu, kuih muih melayu, sago gula melaka, aiskrim potong, ais batu campur dan buah buahan diletakkan disatu sudut khas untuk pencuci mulut.
Buffet Ramadhan di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral
The Ramadhan Early Bird Vouchers
Will be available for sale from 1 April till 15 May 2018.
RM100nett/per voucher for purchases of 1-35 vouchers.
RM90nett/per voucher for purchases of 36 vouchers and more.
*The vouchers validity is only for the ramadhan period from 16 May to 14 June 2018.
Normal price
RM138nett Adult
Sekiranya anda ingin membuat tempahan dan mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan buffet ramadhan di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral, anda boleh ke www.aloftkualalumpursentral.com atau hubungi mereka di talian berikut.
Call : +60327231188