3 tempat menarik untuk dikunjungi di Resorts World Genting | Cuti pertengahan penggal 1 akan bermula tidak lama lagi. Pada waktu cuti sekolah kebiasaannya ibu bapa akan mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa bersama anak anak mereka. Dalam artikel kali ini, aku akan kongsikan dengan anda semua tentang 3 tempat menarik untuk dikunjungi di Resorts World Genting. Kenapa Genting? Aku memilih Resorts World Genting kerana tempat ini jaraknya dari Bandar Kuala Lumpur hanya mengambil lebih kurang 1 jam sahaja. Bagi ibu bapa yang bekerja dan kesuntukan masa, ini adalah tempat percutian yang sesuai untuk mereka dan anak anak.
3 tempat menarik untuk dikunjungi di Resorts World Genting
Alive Museum
Salah satu tarikan baru yang ada di Resorts World Genting adalah Alive Museum dimana anda boleh bergambar dengan lukisan 2D dan 3D yang membuatkan seolah olah anda berada dalam lukisan tersebut. Muzium ini sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama sama sambil bergambar.
Jurassic Research Centre
Seterusnya adalah Jurassic Research Centre. Ini adalah tarikan yang paling aku suka sebab masuk sahaja ke dalam tempat ini anda seolah olah berada di zaman prasejarah dimana terdapat pelbagai jenis dinosour untuk dilihat dan sebahagian mereka boleh bergerak dan mengeluarkan bunyi contohnya Braciosaurus, Gigantoraptor, Stegosaurus dan lain lain lagi. Disini juga anda akan dapat melihat contoh fossil fossil dinosour yang cukup menarik.
Zombie Outbreak
Last sekali adalah Zombie Outbreak! Inilah masanya untuk mencabar diri anda semua masuk ke dalam bangunan yang dipenuhi dengan zombie. Bukan setakat zombie jer, ada elemen elemen kejutan diselitkan untuk memberikan pengalaman yand tidak dapat dilupakan buat pengunjung. Aku cuba untuk mendapatkan beberapa footage tetapi keadaan didalam bangunan tersebut sangat gelap dan apa yang terakam adalah suara jeritan mereka yang ketakutan. haha.
Berikut adalah tiga tempat yang boleh dikunjungi oleh ibu bapa dan anak anak semasa cuti sekolah akan datang. Harga tiket untuk masuk ke Alive Museum, Jurassic Research Centre and Zombie Outbreak aku sertakan dibawah ini untuk rujukan semua.