5 Lokasi Agro pelancongan yang menarik di Kedah dan Perlis

Agro pelancongan  di utara semenanjung Malaysia | Road To Agro Tourism Siri 4 | Program Road To Agro Tourism atau nama singkatannya RTA masih lagi diteruskan dengan meneroka tempat tempat menarik berkaitan dengan agro pelancongan di utara semanjung Malaysia (Kedah dan Perlis). Baca sini - Agro Pelancongan di Sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya | Road To Agro Tourism Siri 3
Untuk pengetahuan semua, Road To Agro Tourism Siri empat (RTA4) adalah anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Insitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Holiday Villa Langkawi, Pusat Kraf Tangan Langkawi, Industri Kecil Sederhana Langkawi dan Cam Caravan.
Program RTA4 ini berlangsung selama 6 hari 5 malam dan perjalanan ke negeri jelapang padi, Kedah dimulakan dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang terletak di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Tempat pertama yang kami semua singgah setelah sampai di kedah adalah Ladang Nipah Ismail Che Kar.

Ladang Nipah Ismail Che Kar

Menjejakkan kaki di Ladang Nipah untuk kali pertama adalah pengalaman yang sangat menarik kerana kami diberikan pendedahan tentang pokok nipah dari pelbagai aspek termasuklah cara pengambilan air nira dari pokok nipah, produk produk yang boleh dipasarkan menggunakan air nira  dan macam macam lagi. Yang menariknya, kami juga diberikan peluang untuk mencuba sendiri produk produk yang dijual di Ladang ini.

Ladang Nipah Ismail Che Kar
06900, Yan,
Kedah Darul Aman
+6012 435 5104

Kompleks Latihan MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda)

Kompleks Latihan Mada adalah tempat dimana pelajar, pegawai dan peladang mempelajari tentang kerja kerja persawahan contohnya penanaman, pembajakan dan sebagainya. Kunjungan kami ke Kompleks ini adalah pengalaman yang cukup menarik kerana kami dapat mencuba sendiri aktiviti aktiviti yang kebiasaannya dilakukan oleh mereka seperti menanam padi dan menangkap ikan dalam kawasan sawah. Kompleks ini juga adalah tempat penginapan kami untuk hari pertama di kedah. 
Kompleks Latihan Mada
06800, Kota Sarang Semut,
Alor Setar,
Kedah Darul Aman

Ladang Mangga Tobiar, Pendang Kedah

Lawatan ke ladang Mangga Tobiar ini sangat berinformasi kerana kami ditunjukkan cara cara memilih buah mangga mengikut gred dan kualiti menggunakan mesin khas yang disediakan. Kami juga diajarkan cara cara untuk membuat cantuman tut bagi mendapatkan buah mangga chokanan yang terbaik.
Ladang Mangga Tobiar
06700, Pendang,
Kedah Darul Aman
Tel : +604 772 8255

Tam Teh Homestay, Ayer Hitam

Tempat tinggal untuk hari kedua dan ketiga, kami para media menginap di Tam Teh Homestay yang terletak di Ayer Hitam, kedah. Homestay yang dipenuhi dengan flora dan fauna ini sangat mengujakan kerana kami dapat menikmati suasana kampung di kedah. Pemandangan sawah padi pada waktu pagi dikawasan ini sangat cantik dan menenangkan.

Tam Teh Homestay
Jalan Kangar-Alor Setar,
Kampung Matang Kenanga,
06150, Ayer Hitam,
Kedah Darul Aman

Muzium Padi, Jalan Gunung Keriang Kedah

Salah satu tempat menarik yang perlu dikunjungi di kedah adalah Muzium padi. Disini kami dapat mempelajari tentang padi dengan lebih mendalam lagi. Muzium padi di sini mempamerkan pelbagai jenis alatan yang digunakan oleh petani pada zaman dahulu. Selain itu, mereka juga menyediakan galeri padi dan beras untuk pengunjung. Yang paling best, kami berpeluang untuk menikmati lukisan mural pemandangan Gunung Keriang yang sangat cantik. 
Muzium Padi
06570, Alor Setar,
Kedah Darul Aman

Keriang Hill Resort

Antara penginapan yang perlu anda semua cuba apabila berada di negeri jelapang padi adalah Keriang Hill Resort. Resort yang terletak dikaki gunung keriang ini sangat menarik. Ianya dipenuhi dengan flora dan fauna sememangnya sangat cantik.

Keriang Hill Resort
Mukim Gunung,
06570, Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel : +604 730 5232 

MNH Harvester (Demonstrasi Mesin Potong padi /Pengumpulan Jerami)

Selama tiga tahun tinggal di Kedah, aku tak pernah melihat bagaimana proses penuaian padi dilakukan. Tetapi kali ini, aku agak bertuah kerana Syarikat MNH Harvester memberi peluang kepada aku dan para media melihat sendiri demonstrasi mesin potong padi dan pengumpulan jerami dilakukan secara live.

Ladang Nipah Kifli

Selain Ladang Nipah Ismail Che Kar, kami juga sempat singgah di Ladang Nipah Kifli yang terletak di Sanglang, Perlis. Ladang ini dikelilingi oleh poko nipah dan mereka juga menjual produk produk hasil dari pokok nipah seperti cuka nipah, jelly nira dan lain lain lagi. Jadi, sekiranya anda datang ke perlis, singgahlah ke sini untuk menikmati makanan yang lazat sambil menikmati suasana ladang nipah yang cukup cantik dan menenangkan.


Ladang Nipah Kifli
02700, Sanglang,
Perlis
Tel : +6017 430 7708

Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi

Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi yang terletak di Jalan  Padang Gaong, Lubuk Semilang ini adalah salah satu tarikan agro pelancong yang sangat menarik untuk dikunjungi kerana pengunjung dapat melihat pelbagai jenis buah buah tropika dan sayur sayuran yang ditanam disini. 
Taman Agroteknologi MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang
07000 Kedah Darul Aman
Langkawi Malaysia
Tel : +604 953 2550/2551
Berikut adalah antara tempat tempat menarik yang boleh dikunjungi sekiranya anda berkunjung ke Kedah dan Perlis. Melawat tempat yang berasaskan agro pelancongan seperti ini jarang diketengahkan walhal melawat tempat tempat seperti ini sebenarnya sangat menyeronokkan. Cubalah sendiri insyaallah anda akan menyukainya. 
Terbaru Lebih lama