Penginapan yang selesa di Destini Akef Villa Langkawi | Salah satu lokasi percutian yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara adalah Pulau Langkawi dan baru baru ini aku berpeluang untuk ke sana atas urusan kerja selama tiga hari dua malam. Sepanjang berada disana, aku dan rakan rakan menginap di Destini Akef Villa yang terletak di Lot 511, Jalan Pantai Cenang.
Bilik dan kemudahan lain yang ditawarkan oleh Destini Akef Villa Langkawi
Terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan oleh Destini Akef Villa dan bilik yang didiami oleh aku dan rakan rakan adalah Super Deluxe yang mampu memuatkan 4 orang tetamu pada satu satu masa. Dibawah ini aku senaraikan kesemua bilik yang ada disana untuk rujukan pembaca blog www.luqmanzakaria.com.
| Superior (Single) RM175 | Superior (Queen) RM175 | Super Superior RM215 | Deluxe (Single) RM195 | Deluxe (Queen) RM195 | Super Deluxe RM235 |
- Air conditioning
- Bathroom
- Unlimited WIFI
- TV LCD
- Private Balcony
- Paddy Field View
Super Deluxe Room 1
Super Deluxe Room 2
Super Deluxe Room 3
Super Deluxe Room 4
Harga bilik untuk setiap bilik di Destini Akef Villa termasuk dengan sarapan bagi yang disediakan secara buffet. Selain bilik yang selesa, kemudahan seperti kolam renang juga disediakan untuk para tetamu yang menginap di sini.
Lokasi Destini Akef Villa yang strategik dan mudah untuk dikunjungi oleh pelancong
Pantai Cenang adalah antara lokasi tumpuan di Pulau Langkawi dan kebanyakan pelancong akan mencari hotel yang berdekatan dengan kawasan tersebut kerana keadaan dan suasana di pantai cenang sangat meriah dan penuh dengan pelbagai tarikan.
Salah satu hotel yang berdekatan dengan pantai cenang sudah semestinya Destini Akef Villa dimana jaraknya ke pantai cenang mengambil masa lebih kurang 2 hingga 5 minit sahaja menaiki kereta. Bagi yang tidak mempunyai kenderaan juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan grab dan uber boleh digunakan disana.