Beriadah dan menikmati pemandangan cantik dengan Cruise Tasik Putrajaya

Beriadah dan menikmati pemandangan cantik dengan Cruise Tasik Putrajaya | Salah satu tarikan yang ada di Putrajaya adalah Cruise Tasik yang menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Menaiki Cruise Bot di Tasik Putrajaya buat kali pertama sangat mengujakan kerana tasik ini adalah tasik buatan manusia yang mempunyai keluasan 650 hektar. Sangat besar dan luas kan! Terima Kasih Malaysia Tourism Council (MTC) untuk pengalaman yang best ini!
Cruise Tasik Putrajaya
Tasik ini dikelilingi oleh landskap dan pemandangan yang sangat cantik. Aku berpeluang untuk mengambil beberapa keping gambar pemandangan Putrajaya semasa berada diatas cruise boat. Sangat terpegun dengan senibina bangunan dan flora yang ada disini.
Gambar yang macam ini hanya boleh diambil semasa berada diatas cruise. Inilah peluang korang untuk menikmati pemandangan yang cantik ini bersama keluarga, pasangan dan juga kawan kawan. Cruise Tasik Putrajaya mempunyai dua jenis cruise boat untuk pelanggan mereka. korang boleh rujuk informasi dibawah.


Double Deck (Sebarau & Kelah) - 2 unit

  • Mampu menampung 120pax untuk Sightseeing
  • Mampu menampung 60 pax untuk Dining

Single Deck (Belimbing & Daun)  - 2 unit


  • Mampu menampung 76 pax untuk Sightseeing
  • Mampu menampung 30 pax untuk Dining

Korang juga boleh meneroka tasik putrajaya dengan Perahu Dondang Sayang. Menaiki Perahu Dondang Sayang mengelilingi tasik buatan manusia ini akan memberikan pengalamn yang cukup berbeza kepada korang semua. Selain itu, korang boleh boleh menaiki Lepa Lepa (Bot berlayar tradisional bajau laut) yang dihias dengan sangat cantik. Ia mampu memuatkan sehingga 10 orang pada satu masa. 

Dan sekiranya korang sedang mencari tempat piknik yang menarik di putrajaya, korang boleh mencuba Picnic Boat. Menikmati makanan dan pemandangan yang cantik bersama yang tersayang sememangnya satu pengalaman yang sangat berharga kan. Jadi, tunggu apa lagi. Jom ke Putrajaya sekarang untuk mencuba semua aktiviti aktiviti yang menarik ini. Maklumat lanjut mengenai Cruise Tasik Putrajaya adalah seperti berikut.

Cruise Tasik Putrajaya
Jeti Putra, Jambatan Putra
Presint 1, 62000
Putrajaya, Malaysia
Email : sales@cruisetasikputrajaya.com
Phone : +60388885539
Terbaru Lebih lama