Bergaya dengan sut dari Montana Fashion Shop Petaling Jaya | Memakai sut akan membuatkan penampilan seseorang itu lebih bergaya, berkeyakinan dan "sophisticated" tetapi tidak ramai yang menjadikan sut salah satu koleksi pakaian yang wajib ada di dalam almari mereka kerana menganggap penggunaan sut ini sangat terhad. Untuk pengetahuan pembaca luqmanzakaria.com, pemakaian sut pada zaman sekarang tidak hanya untuk majlis formal sahaja malah ianya juga boleh dipakai untuk keluar bersama rakan rakan dan juga yang tersayang.
Tetapi, untuk mendapatkan sut yang sesuai mengikut kehendak dan keselesaan kita memang sangat susah lebih lebih lagi apabila memakai sut yang dibeli dari kedai (ready to wear) kerana saiz yang disediakan kebiasaannya mengikut saiz standard yang telah ditetapkan.
Seperti yang kita tahu, setiap orang mempunyai saiz dan posture badan yang berbeza. Jadi, Pilihan yang terbaik adalah menempah sut di kedai jahit yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini supaya sut tersebut memberikan keselesaan dan keyakinan kepada si pemakai.
Tempah sut anda di Montana Fashion Shop
Monta Fashion Shop - since 1987 - credit to Montana Fashion Shop facebook
Montana Fashion Shop yang terletak di Petaling Jaya adalah salah satu kedai yang boleh memenuhi segala permintaan yang diperlukan untuk sut yang ingin ditempah. Mereka bukan hanya mempunyai kepakaran dalam jahitan sahaja malah pengetahuan tentang fesyen terkini berkaitan dengan sut juga tidak kurang hebatnya.
"A tailor made suits" menggambarkan servis yang diberikan oleh mereka kepada pelanggan. Bermula dari pemilihan fabrik sehinggalah ianya siap dijahit semuanya ditentukan oleh pelanggan. Ada pelbagai jenis fabrik untuk dipilih termasuklah wool, cotton, linen dan cashmere.
Bagi mereka yang tidak mahir tentang sut pula, mereka akan memberikan tunjuk ajar bermula dengan pemilihan fabrik yang sesuai untuk sut, cara memilih jenis kolar yang sesuai, cara menguruskan wardrobe dengan betul, do and dont's dalam pemakaian sut dan lain lain lagi.
Tailor Made Shirt
Tailor Made Trousers
Tailor Made Baju Melayu
Selain itu, kemeja (long sleeves, short sleeves, batik sleeves) dan seluar juga boleh ditempah disini dan konsepnya sama seperti sut iaitu toiler made. Montana Fashion Shop juga mengambil tempahan untuk baju tradisional melayu. Jadi, bagi mereka yang ingin mendapatkan baju melayu mengikut gaya dan fesyen yang diinginkan bolehlah tempah disini. Tak cukup dengan itu, pelanggan juga boleh menempah custom-made tie, cravant, bow tie, cufflinks atau pon cummerberband. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Montana Fashion Shop, anda boleh rujuk informasi yang telah disediakan dibawah ini.
Montana Fashion Shop
29, Ground Floor, Jalan 21/1, Sea Park,
46300, Petaling Jaya,
Selangor
Tel : +603 78751927
Website: www.montana.com.my
Facebook: Montana Fashion Shop