Pengalaman menginap di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur

Pengalaman menginap di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan hai semua pembaca blog luqmanzakaria.com! Entry kali ini aku ingin kongsikan pengalaman aku menginap di hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di 120, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu . Ya betul! Korang tak salah baca. Kampong Bharu ada menawarkan kemudahan penginapan hotel 4 bintang. Hotel yang aku maksudkan adalah Tamu Hotel & Suites.


Selain bilik yang selesa, Tamu Hotel & Suites juga menawarkan pelbagai kemudahan untuk tetamu yang menginap disini. Harga yang dikenakan pula sangat berpatutan. Yang paling menarik adalah penggunaan dinding kaca di beberapa sudut bangunan dimana tetamu dapat melihat suasana bandar Kuala Lumpur dengan sepuas puasnya. KL Tower dan Menara berkembar Kuala Lumpur boleh dilihat dengan jelas sekali.

Bilik Bilik di Tamu Hotel & Suites

Pada hari tersebut, aku menginap di bilik standard dengan keluasan 35 meter persegi (376 kaki persegi). Pada pendapat aku, ianya sangat luas untuk bilik standard. Harga yang ditawarkan untuk bilik ini adalah RM250nett termasuk sarapan pagi.

Standard Room - Rate RM250 (Breakfast Included)

Television
 Tea and Coffee making facilities
 Laundry Bags | Prayer Mat | Slippers | Safety Box
 Minibar
 Table | Cozy chairs
 Bathroom
Bathroom Amenities 
Antara kemudahan lain dalam bilik yang aku tak letakkan dalam gambar dekat atas ini adalah Tuala, penyangkut baju, pengering rambut (upon request) dan iron & iron board (upon request). Selain bilik standard, Tamu Hotel & Suites juga menawarkan bilik bilik lain seperti Deluxe (RM280nett), Junior Suite (RM380nett) dan Executive Suite (RM480nett).


Menyaksikan Suasana Kuala Lumpur di Tingkat 14 Tamu Hotel & Suites

Tingkat 14 adalah tempat dimana kolam renang berada. Sangat luas untuk tetamu hotel ini bermandi manda sambil menikmati suasana bandar KL yang sangat cantik. Disini juga terletaknya Pool Terrace yang berkonsepkan "Open aired".


Menikmati hidangan lazat dan menyelerakan di Suasana@27

Makanan yang dihidangkan di Suasana@27 sangat menyelerakan kerana mereka menyediakan masakan tempatan. Memang kena dengan selera melayulah kan. Macam macam ada! Kalau korang tengok mesti terliur. Pelbagai jenis lauk pauk dan kuih muih melayu disediakan untuk tetamu. Tak cukup dengan itu, buah buahan tempatan juga siap terhidang untuk dijamu.

 Kuih Muih Melayu
 Pelbagai jenis lauk pauk
Buah Buahan
dan macam macam lagi
Di Suasana@27 juga korang berpeluang untuk makan sambil menikmati pemandang bandar kuala lumpur. Boleh dikatakan setiap sudut dihotel ini menawarkan pemandang sekeliling yang cantik. Makanan sedap, pemandangan pon cantik! Perfect bukan!


Suasana@27 bukanlah satu satunya restoren yang ada di hotel ini. Ada empat lagi F&B outlet yang disediakan untuk tetamu iaitu Tamu Junction P|L|A|C|E, Serambi Lounge, Pool Terrace dan Tamu Sky Lounge. Tak lupa juga, kemudahan lain seperti gymnasium ada ditempatkan disini untuk digunakan oleh tetamu mereka.

Lokasi Tamu Hotel & Suites sangat strategik dan mudah untuk dikunjungi

Bagi para pelancong tidak kiralah dari luar atau dalam negara, perkara pertama yang perlu ditelitikan adalah lokasi hotel. Hotel yang berdekatan dengan tempat tempat tarikan pelancongan dan mudah untuk diakses dengan menggunakan kenderaan awam menjadi pilihan ramai orang. 

Sekiranya korang ingin ke bandar Kuala Lumpur, Tamu Hotel & Suites seharusnya menjadi tempat penginapan korang kerana lokasinya sangat strategik. Hotel ini boleh diakses dengan menggunakan LRT sahaja. Dari Stesen LRT kampong Bharu, korang hanya perlu berjalan lebih kurang 10 minit sahaja untuk sampai ke hotel. Berdekatan dengan LRT kampong bharu, terdapat banyak gerai gerai dan kedai makan yang sedap dan sentiasa dipenuhi pelanggan. Jadi, korang bolehlah singgah makan makan dulu sebelum check in. Bak kata pepatah melayu, sambil menyelam minum air. haha

Tamu Hotel & Suites juga berada berhampiran dengan pelbagai tempat tempat menarik di Kuala Lumpur contohnya KLCC, KL Tower, Jalan TAR dan Bukit Bintang. Tempat tempat yang aku sebutkan ini boleh dikunjungi dengan menaiki LRT. Jadi, tunggu apa lagi! jom menginap di Tamu Hotel & Suites sekarang. Untuk maklumat lanjut berkaitan Tamu Hotel & Suites, korang boleh layari laman sesawang mereka di www.tamuhotel.com
Terbaru Lebih lama