Old Spice Cafe Ampang menyajikan pelbagai jenis masakan yang lazat dan menyelerakan

Old Spice Cafe Ampang menyajikan pelbagai jenis masakan yang lazat dan menyelerakan | Entry untuk kali ini aku nak kongsikan tentang satu cafe yang menarik untuk dikunjungi. Cafe yang aku maksudkan adalah Old Spice Cafe yang terletak di M City Ampang. Cafe ini menyediakan pelbagai hidangan yang digemari ramai oleh rakyat malaysia contohnya Nasi Lemak, Nasi Ayam, Rendang dan lain lain lagi. Selain itu, makanan Autentik Mamak dan Western juga boleh didapati di Cafe ini.


Tahun lepas, aku berpeluang untuk berkunjung ke cafe ini untuk menikmati beberapa hidangan yang menarik. Salah satu hidangan yang menjadi tumpuan aku adalah Lamb Soy Sauce yang dihidangkan bersama nasi putih. Kalau korang datang makan dekat cafe ini, aku cadangkan korang rasa Lamb Soy Sauce ini sebab rasanya memang sedap.


Ini adalah Lamb Soy Sauce yang aku maksudkan. Sambil menaip entry  pon still boleh teringat keenakan dia. Kalau berpeluang pergi lagi lepas ini, memang aku akan order yang ini dulu. Selain Lamb Soy Sauce, aku sempat mencuba hidangan lain yang tak kurang hebatnya. Jom kita tengok menu menu lain pulak
.

This is my second favorite out of all sebab ianya dihidangkan bersama Peri Peri Sauce. Untuk korang yang tak suka sos yang masam dan pedas  jangan risau sebab korang boleh pilih sos apa yang korang prefer.


Seterusnya adalah Chili Chicken dan Chili Prawns. Kedua dua hidangan ini mempunyai rasa yang agak unik sebab kalau tengok gambar macam masak rendang sebab tekstur dia lebih kurang jer tapi bila rasa langsung tak sama. Rasanya agak "creamy" dan pedas which is ok for me sebab kalau tak ada rasa pedas tuh mungkin agak muak untuk makan sampai habis.


Yang ini pulak Fajita Wrap. Kalau korang datang sini tapi tak nak makan nasi. This is what you need to order! Seriously memang sedap especially kalau makan time panas panas. 


Makin lama menaip makin lapar pulak aku. Inilah dugaan dia kalau buat story pasal makanan. Sekarang ini, kita move on dengan dessert dan juga minuman yang ada dekat Old Spice Cafe ini.


Kita mulakan dengan minuman dulu. Iced Sea Coconut with Longan dan Virgin Mojitos ini sangat menyegarkan  tapi mojitos tuh masam dia a little bit strong but drinkable of course. Irresistible Ferrero Rocher pulak memang superb sesuai dengan nama dia. Pandai pilih nama.hehe.


Is it time for desserts! Pengat Pisang dan juga Night Of Passion Ice Cream. Pengat Pisang memang sedap cuma pada pendapat aku ianya sangat pekat. Mungkin sebab dorang letak sagu kan. Ais Krim? definitely a must try dessert. Gabungan antara buah markisa dan ais krim memang sedap. Presentation dia pon meletop. betul tak? Bercakap pasal presentation ini, aku lupa pulak nak tunjuk dekat korang dekorasi dan suasana di cafe ini. 


Menarik tak korang? Korang kena cuba tau sebab Cafe ini dibuka setiap hari bermula jam [1000hrs hingga 0000hrs weekdays] dan [1100am hingga 2300hrs weekends]. Kalau tak sempat nak singgah time weekdays datanglah masa cuti sabtu ahad.
Terbaru Lebih lama