Amalkan Apple Cider Vinegar untuk kurus dan cantik | Sejak mengamalkan diet atkins atau low carb diet ini aku menjadi lebih peka dengan produk dan bahan bahan yang boleh membantu mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan mudah. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan apple cider vinegar.
Ada banyak jenama diluar sana yang mengeluarkan apple cider vinegar (ACV) tapi kalau korang cari di google, skrin phone atau laptop korang akan memaparkan satu jenama apple cider yang sangat terkenal iaitu "Bragg". Aku memilih jenama ini bukan hanya disebabkan oleh populariti sahaja tetapi apple cider vinegar keluaran mereka adalah organik dan tiada perisa atau pemanis tambahan seperti madu digunakan dimana ianya sangat sesuai untuk pengamal diet atkins.
Kurus dengan Apple Cider Vinegar
Apa kebaikan apple cider vinegar yang dapat membantu pengguna mengurangkan berat badan? Untuk pengetahuan korang, Asid Asetik yang terkandung dalam ACV adalah salah satu penyebab yang mendorong kepada penurunan berat badan. Asid Asetik dalam ACV boleh membuatkan kita lebih cepat kenyang walau pon hanya makan dalam kuantiti yang sedikit. Selain itu, ACV juga membantu meningkatkan metabolisme dan melancarkan penghadaman.
ACV ini bukan hanya bagus untuk kurus sahaja. Ada banyak lagi manfaat lain yang perlu korang tahu. Dekat bawah ini aku senaraikan beberapa kebaikan ACV untuk tubuh badan kita.
Manfaat dan kebaikan lain Apple Cider Vinegar
ACV juga dipercayai dapat mencegah masalah kulit wajah yang berjerawat. Apa yang perlu korang lakukan adalah dengan menggunakan ACV sebagai toner. Bagaimana caranya? dan adakah ianya betul betul berkesan? Aku kurang pasti tetapi ramai netizen yang berkongsi tentangnya di youtube. Jadi, mungkin korang boleh mendapatkan penjelasan daripada mereka yang sudah pon mencubanya.ACV ini bukan hanya bagus untuk kurus sahaja. Ada banyak lagi manfaat lain yang perlu korang tahu. Dekat bawah ini aku senaraikan beberapa kebaikan ACV untuk tubuh badan kita.
- Membantu melegakan batuk dan sakit tekak
- Membantu mencegah mulut berbau
- Membantu membuang toksin dalam badan
- Membantu meningkatkan tenaga
- Membantu mengawal paras gula dalam badan
Cara pengambilan Apple Cider Vinegar
Cara pengambilannya juga sangat mudah. Korang hanya perlu campur 1 hingga 2 sudu kecil AVC bersama dengan 8oz ( 236ml) air dan minumlah dengan jayanya atau korang juga boleh campurkan dengan beberapa bahan lain untuk perasa tapi aku prefer not to sebab bagi mereka yang mengamalkan diet atkin perisa manisan seperti madu tak boleh consume.
Just a reminder untuk semua, kalau berniat untuk kuruskan badan ini kita tak boleh bergantung kepada ACV sahaja yer, selain mengamalkan ACV kita juga perlu jaga pemakanan dan yang penting kena bersenam untuk dapatkan kesan yang lebih maksimun. Selamat mencuba!