Aktiviti menarik pada cuti sekolah di Genting Highlands

Aktiviti menarik pada cuti sekolah di Genting Highlands | Untuk entri kali ini aku nak kongsikan tentang aktiviti aktiviti menarik yang korang boleh lakukan di Genting Highlands pada tahun ini sebelum 2017 melabuhkan tirai. Lagipon cuti sekolah dah nak bermula tak lama lagi kan. Jom kita  tengok apa yang genting highlands bawakan untuk kita semua.

Meet and Greet Tour bersama Snoopy dari Pelbagai Negara

Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di Genting Highlands adalah berkunjung ke Sky Avenue Mall untuk melihat dan bergambar dengan lebih 52 custome-made patung snoopy yang  diletakkan di sekitar First World Rainforest dan Sky Avenue Mall di tingkat 3. Setiap satu patung Snoopy mewakili sebuah negara yang berbeza termasuklah Malaysia. Korang juga berpeluang untuk menyaksikan perarakan Snoopy dan kawan kawannya bermula 25 November akan datang.

Justice League DC cosplay gathering

Selain bergambar dengan patung patung snoopy yang comel tuh, korang juga boleh beramah mesra dengan cosplay watak watak superhero dalam filem Justice League. Aktiviti yang menarik ini dilakukan di tingkat 3 Sky Avenue Mall berdekatan dengan DC Comics Superheros Cafe.

Pengembaraan Raja Monyet : Tongkat Emas Sakti

Untuk korang yang suka menonton teater. Aku cadangkan korang ke Genting Highland untuk menonton teater menarik ini. Persembahan teater yang diolah semula daripada Kisah Hikayat Monyet diadakan di Genting International Showroom dimana ianya mampu menempatkan 1000 orang pada satu satu masa.

Untuk pengetahuan semua, mereka menggunakan 100% bahasa cina tapi tidak menjadi masalah pun untuk korang yang tidak memahami bahasa cina sebab subtitle dalam bahasa inggeris disediakan.Raja Monyet ini sebenarnya adalah kisah mitos Journey To The West dan ia merupakan salah satu Novel yang sangat popular di China. 

Sinopsis 

Kisah ini bermula selepas Raja Monyet memperoleh tongkat emas sakti dari Laut China Timur. Pada masa yang sama musuh tongkat itu, Chi You telah dibebaskan dan sekarang dia ingin memusnahkannya.
Bagi menewaskan Chi You, Raja Monyet dan tongkat emas sakti perlu bersatu dan terpaksa menjalani latihan dimana ianya mampu meningkatkan tenaga dalamannya. Raja Monyet berjaya mengusainya tetapi tongkat itu kemudian mendedahkan kelemahannya dan diketahui oleh Chi You.
Akhirnya, Chi You mengumpan tongkat itu kembali ke Laut Pantai Timur dan memenjarakannya. Seterusnya ia telah membawa kepada pertembungan antara Raja Monyet dan Chi You.
Persembahan teater untuk Pengembaraan Raja Monyet ini sangat best untuk ditonton tau sebab ia menjanjikan persembahan akrobatik yang menakjubkan dengan gabungan kesan khas 3D. Pengalaman aku menonton persembahan akrobatik dari Nanjing Acrobatic Troupe ini sangat mengujakan. Aksi aksi yang dipersembahkan sangat menarik, mana taknya, mereka ini pernah memenangi pelbagai anugerah dan juga diberikan penghormatan tertinggi di beberapa festival.  Harga tiket pertunjukan ini berharga RM176(VIP), rm136(PS1), RM96(PS2) dan untuk ahli kad ganjaran genting (GRC) akan menikmati diskaun sebanyak 10%. 

Tunggu apa lagi! Jom memeriahkan lagi hujung minggu dan cuti sekolah dengan berkunjung ke Genting Highlands dan sertai aktiviti aktiviti menarik ini dengan kawan kawan dan keluarga tersayang. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan aktiviti aktiviti menarik ini korang boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi 03-61011118 sekarang!
Terbaru Lebih lama