Dapatkan diskaun hebat untuk barangan kegemaran anda sempena #MYCYBERSALE 2017 | Hai semua! Dah lama rasanya tak berkongsi tentang barangan digital dengan korang semua. Untuk kali ini aku ada dua produk digital yang cukup menarik iaitu papan kekunci/keyboard keluaran Logitech dan Usb charger keluaran Innergie. Kedua dua produk ini mempunyai kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri. Aku sudah pon mencuba kedua duanya dan ini adalah pandangan dan pendapat aku mengenai produk produk tersebut.
Logitech MK235 wireless keyboard & mouse
Logitech adalah salah satu jenama barangan digital yang sangat terkenal di beberapa negara termasuklah Malaysia. Kalau korang nak tahu, Logitech memulakan business dengan mouse sahaja tapi sekarang ini mereka telah pon berkembang maju dan mengeluarkan banyak produk produk lain contohnya keyboard, speaker, webcams, headsets dan lain lain lagi.
Sekiranya korang sedang mencari wireless keyboard dengan harga murah, aku cadangkan Logitech MK235 wireless keyboard & Mouse macam dalam gambar dekat atas ini sebab ianya sesuai untuk digunakan samada di rumah dan di pejabat. Walau pon harga murah, MK235 ada beberapa kelebihan yang sangat best.
6 kelebihan Logitech MK235 wireless keyboard & Mouse
Simple dan tahan lama
Design keyboard MK235 ini sangat simple dan mudah untuk dipegang sebab dia ringan. kaki yang didatangkan bersama keyboard ini pon sangat sangat kukuh.
Anti fading Keyboard
Selalunya kalau pakai keyboard untuk jangkamasa yang lama mesti huruf atau nombor yang ada dekat keyboard tuh akan hilang sampai kita sendiri pon tersalah tekan. betul tak? Jadi, Logitech datangkan keyboard MK235 dengan fungsi anti fading yang sangat berguna untuk pengguna.
Spill Resistent
Ini adalah kelebihan yang paling aku excited nak share dengan korang semua. Yes! keyboard MK235 ini tahan tumpahan air. Manalah tahu kan sambil buat kerja tuh nak minum air, sekali tertumpah pulak atas keyboard memang cari nahaslah. Dengan keyboard ini korang tak perlu risau sebab keyboard korang masih boleh diselamatkan.
Ini adalah gambaran bawah keyboard MK235. Memang ada banyak lubang tau sebab function dia adalah untuk keluarkan air tumpah yang termasuk dicelah celah keyboard. Teruja tak korang?
Design mouse yang stylo dan memenuhi citarasa pengguna
Aku suka design mouse yang didatangkan dengan keyboard MK235 ini sebab ianya sangat stylo dan nampak moden. Selain stylo, mouse ini juga senang untuk digunakan berbanding mouse yang aku pernah guna sebelum ini sebab roller dan bahagian tepi mouse ada rekaan tambahan untuk menjadikan kedua dua bahagian ini mudah untuk dipegang.
Bateri tahan lebih lama
Keyboard MK235 ini boleh digunakan selama 3 tahun dan mouse pula boleh bertahan selama 1 tahun tanpa menukar bateri baru. Sejauh mana kebenarannya? Aku pon kurang pasti sebab penggunaan aku masih belum sampai 3 tahun lagi tetapi semua itu tak mustahil sebab sekarang teknologi semakin canggih kan.
Type as long as three years between battery changes and use your mouse for up to a year before replacing the battery. The three year battery life prediction is based on approximately two million keystrokes per year in an office environment. Like all batteries, you experience may vary based on the use and computing conditions. - Logitech
wireless receiver yang sangat "reliable"
Keyboard MK235 didatangkan juga dengan wireless receiver yang sangat bagus. Once kita pasang wireless receiver, mouse dan keyboard akan terus berfungsi dan "connection" antara keyboard/mouse dengan monitor sangat sangat kuat. Ianya boleh digunakan sejauh 10meter/33kaki which is quite impressive.
Berikut adalah kelebihan yang ada pada Logitech MK235 wireless keyboard & mouse. Menarik kan. Aku rasa ini adalah pilihan yang terbaik untuk korang yang perlukan keyboard dengan harga murah tetapi masih lagi mempunyai banyak kelebihan yang sangat awesome. Jom kita tengok beberapa maklumat lain berkaitan keyboard ini yang mungkin korang nak tahu.
Pakej combo Logitech MK235 wireless keyboard & mouse
- Keyboard 425g - berat tanpa bateri / 475g - berat selepas masukkan bateri
- Mouse 70.5g
- Wireless Receiver 2.0g
- User documents
- 2x AAA batteries for Keyboard
- 1x AA batteries for Mouse
Sekarang ini jom kita tengok apa yang menarik tentang Innergie 10w Dual USB car charger pulak.
Innergie 10w Dual USB car charger
Apa masalah yang korang hadapi bila charge phone dalam kereta? rasanya tak ada masalah kalau kau sorang jer yang ada dalam kereta. Yang menjadi masalahnya kalau ada ramai, lepas tuh semua orang punya phone tak ada bateri. Masing masing tak bawa powerbank. Cuma harapkan built ini charger yang ada dalam kereta jer memang boleh bawa gaduh la kan.haha!
Jangan risau guys! Dapatkan 10w dual usb car charger dari Innergie yang macam dalam gambar ini sekarang. Senang nanti nak guna sebab dua orang sekali boleh charge phone pada masa yang sama. Harga pon sangat berpatutan. Aku suggest korang beli produk ini atau barangan IT lain yang korang suka di website www.itcompstore.com bermula hari ini, 9 oktober sehingga 13 oktober akan datang sebab Malaysia largest and biggest online sale #MYCYBERSALE akan berlangsung pada tarikh tersebut. Ramai netizen suka beli barang IT dekat website IT Comp sebab service dorang memang terbaik. Kalau tak percaya korang boleh visit facebook page dorang di www.facebook.com/pg/ITCOMP untuk baca review dari mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan IT Comp.
Inilah peluang korang untuk membeli belah barangan kegemaran dengan harga yang sangat murah! Untuk tengok offfer lain yang menarik, korang boleh klik link dekat bawah ini! Jangan tunggu lagi tau. #MYCYBERSALE hanya berlangsung selama 5 hari sahaja! Kalau tak beli apa apa time ini memang rugi besar. hehe
Inilah peluang korang untuk membeli belah barangan kegemaran dengan harga yang sangat murah! Untuk tengok offfer lain yang menarik, korang boleh klik link dekat bawah ini! Jangan tunggu lagi tau. #MYCYBERSALE hanya berlangsung selama 5 hari sahaja! Kalau tak beli apa apa time ini memang rugi besar. hehe