Bianco Mimosa membawa nama Malaysia menerusi Dubai International Fashion Week | Datuk Ida Suraya, pereka fesyen jenama Bianco Mimosa akan memperagakan rekaannya di Dubai International Fashion Week pada 21 Oktober akan datang. Aku sebenarnya sangat teruja untuk tengok sendiri fashion show ini tapi sadly ianya diadakan di Hotel Sofitel The Palm, Dubai which is sangat impossible untuk aku pergi dalam masa terdekat ini.
Nak tahu kenapa aku excited? Baru baru ini aku sempat ke press conference yang diadakan di Butik Bianco Mimosa dan Datuk Ida Suraya banyak memberi info tentang Fashion Show yang bakal disertai oleh beliau ini.
A Tale of Tongkang Yard
Konsep kali ini adalah A Tale of Tongkang Yard. Kenapa saya memilih A Tale of Tongkang Yard disebabkan saya ingin membawa nama tempat kelahiran saya, Tongkang Yard, kedah ke mata dunia dimana saya bercerita tentang Tongkang Yard itu sendiri - Datuk Ida Suraya
Datuk Ida Suraya adalah seorang yang sangat mementingkan kualiti dan fabrik yang digunakan adalah 100% Silk/Sutera. Antara Silk yang digunakan adalah crepe dan chiffon dari Itali.
Bianco Mimosa di Dubai International Fashion Week
Datuk Ida Suraya membawa 10 koleksi yang berkonsepkan Tongkang Yard dan 8 koleksi Abaya untuk diperagakan di Dubai International Fashion Week (DIFW) yang berlangsungkan di Sofitel The Palm, Dubai. Datuk Ida Suraya sepatutnya menyediakan 30 koleksi untuk pembukaan DIFW tetapi disebabkan kekangan masa, beliau membawa 18 koleksi sahaja dimana pada aku agak impressive sebab beliau mampu menyediakan koleksi sebanyak itu dalam masa yang singkat.
Korang tengok rekaan pada fabrik ini. Sangat menarik kan. Rekaan pada fabrik ini adalah idea Datuk Ida Suraya sendiri dimana beliau menerapkan suasana dan aktiviti aktiviti yang beliau sering lakukan di Tongkang Yard Kedah pada zaman kanak kanak dahulu. Nilainya dianggarkan lebih kurang RM30,000. Tak sabar rasanya nak tengok hasil selepas ianya siap menjadi busana untuk diperagakan di DIFW.
Yang menariknya, Miss Universe 2017, Emilia Dobreva juga akan turut serta dalam DIFW untuk memperagakan busana dari Bianco Mimosa. Peluang yang besar macam ini bukan senang nak dapat. Jadi, aku doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.