Denda RM1000 untuk ganti Kad Pengenalan (Mykad) yang hilang?

Denda RM1000 untuk ganti Kad Pengenalan (Mykad) yang hilang? | Denda untuk gantian kad pengenalan dinaikkan? Seriously aku tak tahu. Aku ke website JPN untuk cari maklumat berkaitan dengan denda yang dikenakan kepada individu yang hilang kad pengenalan akibat dari kecuian. Macam nak gugur jantung bila tengok denda yang dikenakan. Baru je hilang kad pengenalan. Mengalir deraslah nampaknya duit aku.

Alkisahnya, aku nak keluarkan Mykad dari beg untuk photocopy tapi cari punya cari nan hado. Satu beg aku selongkar tapi langsung tak jumpa. Masa itu aku masih cool lagi sebab aku fikir mesti aku misplace dekat dalam bilik ke apa kan. Balik  jer dari kerja, aku teruskan aktiviti menyelongkar setiap inci bilik untuk cari Mykad aku tapi bad news! tak ada.

Maka dengan itu aku putus asa dan ambil keputusan untuk buat gantian Mykad baru. Dengan redhanya aku kena keluarkan duit untuk bayar denda. Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu tentang kenaikan denda ini. meh sini aku share sikit.


Kehilangan kad untuk kali pertama dikekalkan sebanyak RM100, kehilangan kali kedua dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 dan untuk kehilangan kali ketiga dan seterusnya dinaikkan daripada RM300 kepada RM1000.


Berbalik kepada cerita kehilangan MyKad aku itu. Alhamdulillah, aku tak payah tukar baru sebab finally aku jumpa balik. Baru aku teringat dua tiga hari lepas aku ke EasyRHB untuk urusan bank dan rupa rupanya aku tertinggal dekat situ. Nasib baik staff RHB tuh jumpa kalau tak melayang macam tuh jer duit aku. Terima kasih banyak banyak yer.

Peringatan untuk semua termasuk aku juga, simpan baik baik kad pengenalan anda kalau tak nak duit mengalir deras macam air sebab kalau tengok pada denda yang dikenakan menangis juga nak membayarnya. hehe. pandai pandailah ya. Siapa siapa yang ada tips macam mana nak jaga MyKad boleh share dekat komen, Mana tahu boleh membantu kita kita yang selalu cuai nih. hehe.

Throwback version
Terbaru Lebih lama