3 Ciri penting yang perlu ada pada Hard Disk | Fungsi Hard Disk adalah untuk menyimpan data dalam kuantiti yang banyak. Jadi, sekiranya korang ada banyak data tak kiralah gambar, video atau dokumen penting yang perlu disimpan tetapi korang tak dapat nak simpan dalam laptop disebabkan oleh kapasitinya yang limited, Hard Disk boleh membantu menyelesaikan masalah korang.
Sebelum ini semua data aku simpan dalam laptop sahaja dan malangnya laptop aku mengalami masalah dan file file penting macam gambar time konvo, resume dan macam macam lagi hilang. Untuk mengelakkan masalah yang sama terjadi lagi, aku perlukan hard disk
Ada beberapa ciri penting yang perlu dititiberatkan sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Tujuan membeli hard disk adalah untuk dijadikan sebagai back up untuk menyimpan data agar ianya berada dalam keadaan selamat kan. Jadi, kita perlu pastikan hard disk yang dibeli adalah yang terbaik. Jom kita tengok apakah ciri ciri yang dimaksudkan?
Ciri Ciri penting Hard Disk
Kapasiti Hard Disk
Kapasiti Hard Disk bergantung kepada pembelinya, Sekiranya korang memerlukan hard disk untuk menyimpan file file yang bersaiz kecil seperti Microsoft word,excel atau gambar, kapasiti hard disk sebanyak 500GB sudah memadai tetapi sekiranya korang menyimpan banyak video dan gambar (bersaiz besar - contohnya gambar yang diambil menggunakan camera DSLR), korang perlu membeli hard disk yang boleh menyimpan data sekurang kurangnya 1TB.
Daya Ketahanan
Daya ketahanan hard disk perlu dititikberatkan untuk mengelakkan file file yang disimpan tidak dapat diakses. Ada tiga daya tahan yang perlu diberi perhatian iaitu kalis air, tahan lasak dan tahan habuk. Yang menjadi persoalannya, ada ke hard disk yang mempunyai daya tahan macam nih? Sudah tentu ada!
File yang bersaiz besar seperti video akan mengambil masa yang agak lama untuk dpindahkan. Jadi, untuk mempercepatkan pemindahan data hard disk korang memerlukan USB 3.0 kerana ia dapat memindahkan data sepantas 5GB/second!
Ada banyak lagi ciri ciri penting yang perlu diberi perhatian, contohnya macam warranty, harga dan macam macam lagi tetapi ketiga tiga ciri yang aku share dengan korang ini adalah antara ciri yang wajib ada pada hard disk yang bakal korang beli.