Rawat kulit muka dengan Q Switch Laser Carbon di Clinic MF, The Boulevard Mid valley KL | Baru baru ini aku berpeluang untuk merawat kulit muka dengan menggunakan Q Switch Laser di Clinic MF yang terletak di Midvalley Kuala Lumpur. Satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi dengan korang sebab ini adalah kali pertama aku mencuba rawatan yang melibatkan kulit wajah menggunakan laser.
Ada pelbagai jenis rawatan laser yang ada disini dan rawatan yang dilakukan untuk pelanggan adalah bergantung kepada masalah kulit yang dihadapi oleh mereka. Konsultasi bersama Dr. Felicia sangat membantu dan beliau banyak berkongsi tentang masalah kulit dan rawatan yang paling sesuai untuk aku adalah Q Switch Laser Carbon.
Kulit berminyak adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh aku, jadi rawatan ini dapat mengurangkan masalah kulit berminyak. Selain itu, ia juga dapat mengecilkan pori pori dan pada masa yang sama membantu mencerahkan kulit muka.
Jom kita tengok bagaimana rawatan laser dilakukan pada kulit muka. Untuk memulakan rawatan, kulit muka perlu dibersihkan terlebih dahulu.
Selepas dibersihkan, kulit wajah/muka akan diletakkan carbon dan part yang paling ditunggu tunggu pon bermula, laser time! Semasa rawatan laser dijalankan, korang akan rasa macam digigit semut dan itu adalah normal yer.
Selepas rawatan laser dijalankan, hydrogel mask akan diletakkan selama 20 minit untuk memastikan kuit muka berada dalam keadaan lembab sebab rawatan laser boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering.
Cahaya Matahari adalah musuh utama rawatan laser, jadi selepas rawatan selesai, Sun screen akan disapu di muka untuk mengelakkan pigmentasi dan kulit terbakar. Lagi satu, menurut Dr. Felicia, kalau ada masalah kulit berminyak, kita kena pakai Sun Screen jenis gel sebab kalau pakai yang jenis cream tuh tak sesuai untuk kulit berminyak.
Aku ini kalau ada jerawat dekat muka mesti nak picit, lepas tuh memang parut merata rata lah jawab dia. Dengan Q Switch Laser ini parut yang ada kat pipi tuh dah pudar sikit dan kulit pon kurang berminyak. Kalau buat 2 or 3 kali confirm flawless ini. Thank you Clinic MF for this awesome treatment and great hospitality.
Clinic MF The Boulevard Mid Valley KL
Alamat
51-1, The Boulevard,
Mid Valley City
Lingakan Syed Putra,
59200, Kuala Lumpur
Tel : 03 2288 8328
Website
Facebook
Instagram