Tampopo Delicieux untuk anda yang menggemari Ramen dan Udon | Genting Highlands

Tampopo Delicieux untuk anda yang menggemari Ramen dan Udon | Genting Highlands | Journey di Genting Highlands belum habis lagi tau korang, ada banyak lagi tempat makan yang best di Sky Avenue yang belum aku share dengan korang semua. Hari ini kita teruskan dengan Tampopo Delicieux. Restoren ini menyediakan makan jepun seperti ramen dan udon. Korang penggemar ramen? Kalau yer, maknanya restoren ini memang wajib korang singgah.

Tampopo Delicieux
Dekorasi adalah benda pertama yang akan menarik minat aku untuk masuk ke sesebuah restoren atau kafe. Makanan tuh for sure kita tak tahu sedap atau pon tak sebab tak pernah cuba tapi first impression tuh penting untuk attract customer/pelanggan datang. betul tak? 

Tampopo Delicieux
Dan Restoren ini berjaya menarik minat aku sebab deko yang ada disini sangat santai dan modern. Sekarang kita tengok makanan pulak. Adakah ianya betul betul sedap atau sekadar so so jer. hehe.Aku bukanlah penggemar ramen tapi tak salah kalau sekali sekala tukar angin kan.

Antara yang menarik di Tampopo Delicieux
Ini adalah antara makanan yang menarik untuk di order sekiranya korang datang ke Tampopo Delicieux. Kita ada Mini Beef  Udon, Mini Chicken Ramen, Chicken Rice Curry dan Tempura Set.

Mini beef Udon
Mini Chicken Ramen
Chicken Rice Curry
Curry
Tempura Set
Macam mana korang? Nampak sedap kan. Aku suka Chicken Rice Curry tuh! Ayam dia sedap tapi yang paling aku suka, dorang punya creampuff dan green tea. Dua dua tuh memang sedap. Lebih lebih lagi green tea. Susah nak cari green tea yang sedap. Dah macam macam aku try dan green tea dekat Tampopo ini adalah antara yang paling aku suka selain Sushi King. hehe.

Green Tea
Creampuff
Tampopo Delicieux, Sky Avenue | Genting Highlands
Lot T2-20&21
Level 1, Sky Avenue
Facebook
www.facebook.com/tampopo.delicieux.gh
Instagram
www.instagram.com/tampopo_delicieux
Terbaru Lebih lama