Starbucks Reserve menyajikan kopi dengan 4 cara penyediaan yang berbeza | Kepada penggemar kopi diluar sana, berkunjung ke Starbucks Reserve akan memberikan satu pengalaman yang cukup hebat untuk korang. Ada 4 kaedah penyediaan kopi yang sangat unik dan yang pasti setiap satunya memberikan rasa yang berbeza kepada kopi tersebut.
4 cara menyediakan kopi yang sedap di Starbucks Reserve
Penggemar kopi yang berkunjung ke Starbucks Reserve berpeluang untuk memilih cara atau kaedah penyediaan dan antaranya adalah.
- Pour over
- Clover
- Siphon
- Chemex
Kopi di Starbucks Reserve akan disediakan oleh Certificate Coffee Master. Mereka nih memang expert tentang kopi. Jadi, kalau nak tahu apa apa tentang kopi, bolehlah tanya pada dorang. Baru baru ini aku berpeluang untuk berkunjung disalah satu outlet Starbucks Reserve Sky Avenue Mall di Genting Highlands dan menyaksikan sendiri dua kaedah penyediaan kopi yang sangat klasik. Salah satunya adalah Pour Over.
Credit to Starbucks Coffee
Kaedah penyediaan yang kedua dikenali sebagai Chemex. Cara penyediaan kopi menggunakan kaedah ini sebenarnya lebih kurang Pour Over tapi yang membezakannya adalah filter yang digunakan (Betulkan aku kalau salah). Pada pendapat aku, kopi yang disediakan menggunakan kaedah Chemex mempunyai rasa yang lebih ringan berbanding pour over dan aku sukakannya.
Kaedah Chemex Credit to Starbucks Coffee
Insyaallah lepas ini kalau ada peluang, aku nak ke sana lagi untuk mencuba kopi menggunakan kaedah Siphon dan Clover. Walau pon aku bukan penggemar kopi, ianya adalah satu pengalaman yang menarik untuk dicuba. Aku yakin, kalau penggemar kopi yang singgah ke Starbucks reserve confirm akan lagi excited and akan lebih menghargai rasa kopi yang disediakan dengan kaedah yang sangat unik ini.