5 kelebihan dan kebaikan kerja shift yang anda perlu tahu | Entry kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua tentang kelebihan kerja shift. Selalunya kalau membebel pasal kerja shift, ramai yang akan cakap kerja shift ini boleh membahayakan kesihatan sebab kerja tak tentu masa, isu keselamatan untuk wanita juga dipersoalkan sebab kebiasaannya kalau keja shift memang 24 jam, jadi kadang kadang tuh kalau kerja shift malam akan membahayakan kaum wanita. Tapi setiap perkara atau benda yang kita buat semestinya ada kelebihan dan kekurangan masing masing. betul tak?
Credit to www.inc.com for the image
Daripada kita bercerita tentang keburukan, apa kata kita fokus pada kelebihan yang mungkin sebelum ini korang tak nampak. Aku pernah bekerja sebagai khidmat pelanggan di salah sebuah hotel 5 bintang di kuala lumpur dan ianya memerlukan aku untuk bekerja tiga shift 7pagi - 3petang, 3petang - 11malam dan 11malam - 7pagi (Kadang kadang tuh lebih pon ada). Jadi, apa yang aku share ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
5 Kelebihan kerja shift yang perlu korang tahu
Lebih banyak waktu rehat
Banyak waktu rehat bukannya korang tak perlu buat kerja tetapi waktu rehat yang dimaksudkan disini adalah waktu rehat di luar waktu kerja. Bila kerja shift ini tak semestinya sepanjang seminggu tuh korang akan dapat shift yang sama, kadang kadang hari ini kau kerja shift pagi (7am - 3pm) dan besoknya pulak korang akan dapat shift petang (3pm - 11pm). Jadi, waktu rehat korang diluar waktu bekerja adalah 24 jam! Kalau kerja office hour plak korang kerja (9am - 5pm) setiap hari, sementara nak tunggu pergi kerja keesokan hari, korang cuma ada 16jam sahaja untuk rehat.
Masa/waktu kerja yang flexible
Waktu kerja yang flexible ini tak lari jauh dari point yang pertama. Seperti yang aku jelaskan pada korang. Selama 3 tahun aku kerja sebagai khidmat pelanggan, aku dah kerja banyak shift, selain 3 shift yang aku terangkan tadi, aku juga pernah kerja shift 6petang - 2pagi. Kerja shift ini ada kelebihannya juga untuk pekerja/staff yang sudah berkahwin terutamanya wanita yang memerlukan banyak masa di rumah untuk anak anak especially waktu pagi dimana mereka perlu sediakan makanan anak anak & suami, pakaian sekolah anak, selesaikan kerja rumah dan macam macam lagi. Jadi, mereka ada banyak masa untuk sempurnakan kerja mereka sebagai suri rumah dan bila semuanya selesai, mereka boleh terus masuk kerja untuk shift petang.
Dapat mengurangkan stress
Ya! betul apa yang korang baca tuh. Kerja shift ini membantu korang mengurangkan stress. bila? semestinya bila korang datang dan balik dari kerja. Korang tak perlu rempuh kesesakan lalu lintas bersama sama dengan orang yang kerja office hour. Satu lagi, bila korang bercadang untuk menonton wayang atau membeli belah di mall. Waktu ini memang korang akan hargai kerja shift sebab korang tak perlu bersesak di dalam lautan manusia. Stress tuh secara semulajadinya akan berlalu pergi tanpa korang sedar.haha.
Membantu korang fokus dalam kerja yang dilakukan
"Oh! Jadi kerja shift jerlah boleh fokus? kerja office hour tak leh?" bukan itu yang aku cuba sampaikan. Kerja shift especially shift malam memang membantu korang untuk lebih fokus dalam kerja. Lebih lebih lagi kalau kau kerja sebagai khidmat pelanggan. Walau pon kerja shift malam tak banyak masuk call, ada jer kerja lain yang perlu korang buat. Jadi bila buat kerja tuh bolehlah fokus. Macam aku dulu, bila shift malam, memang akan ada kerja yang memerlukan kau fokus pada task untuk mengelakkan masalah kepada customer dan kerugian pada syarikat.
Dapat menambah pendapatan ( dapat bayaran lebih)
Ini part yang paling best. Aku tak pasti dengan tempat kerja korang tapi berdasarkan pengalaman aku, bila cuti umum bermula dan aku perlu bekerja pada waktu tuh, aku akan dapat bayaran lebih dari syarikat , kebiasaannya triple pay la. Kalau kerja shift malam pon dapat bayaran lebih jugak. walau pon bayaran lebih untuk satu hari tak banyak tapi still duit. siapa nak bagi duit free free kan.
credit to http: tepoconsultancy.co.uk for the image
Fuh! panjang juga aku membebel untuk kali ini. Insyaallah aku cuba cari ilham untuk buat entry kelebihan kerja office hour pulak lepas ini. Harapnya entry ini memberi manfaat untuk semua dan sekiranya korang ada point point lain yang korang nak tambah komenlah kat bawah ini. thank you semua!