Resepi Sup Daging paling mudah dan senang menggunakan Rempah Ratus Mak Siti | Seorang luqman zakaria berkongsi resepi masakan dalam blog adalah sesuatu sangat rare yer tuan tuan dan puan puan sekalian. Jadi, kalau korang tengok ada resepi masakan dalam blog ini percayalah ianya masakan yang sangat mudah dan senang untuk dibuat sebab korang pon tahu kan hobi aku ini makan jer bukan masak.hehe!
Untuk pengetahuan korang yang jarang meluangkan masa dekat dapur macam aku ini, Sup adalah antara masakan yang paling senang untuk dimasak dan yang paling best, sup ini boleh dimakan dengan nasi, mee dan macam macam lagi. Jadi, kalau bakal mak mertua datang merisik tuh bolehlah masak sup yer.
Sup Daging
Resepi Sup Daging menggunakan Rempah Ratus Mak siti
Resepi ini bukan sahaja mudah dan senang, malah ianya sangat sedap dan menyelerakan sebab rempah ratus yang digunakan dalam sup daging ini adalah rempah ratus mak siti. Pastikan korang gunakan rempah ratus mak siti kalau nak sup jadi lebih sedap.
Serbuk Rempah Sup Mak Siti
Bahan Bahan :
- 250g Daging
- 1 pek kecil (25g) Serbuk Rempah Sup Mak Siti *dibancuh dengan sedikit air
- 2 biji ubi kentang
- 1 batang lobak
- 1 Helai daun bawang*dihiris halus
- 1 Helai daun Sadri*dihiris halus
- 3 Ulas bawang merah*ditumbuk dan dihiris
- 2 Ulas bawang putih*ditumbuk dan dihiris
- 2 sudu besar Minyak Masak
- Panaskan minyak dalam periuk dulu, lepas tuh korang masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus tadi dan tumis sehingga berwarna kuning keemasan.
- Ini part paling penting yer tuan tuan dan puan puan sekalian! Masukkan bancuhan serbuk rempah sup Mak Siti dan kacau sehingga garing.
- Masukkan daging, air dan tunggu sampailah daging empuk. Bila dah empuk barulah tambahkan garam secukup rasa.
- Kecilkan api dan masukkan ubi kentang dan lobak merah.
- Bila semuanya dah empuk, korang boleh la hidangkan sup daging tapi sebelum tuh jangan lupa taburkan daun bawang dan daun sadri.
Maka dengan itu, selesailah resepi sup daging paling mudah dan senang dari luqman zakaria. Aku yang setahun sekali masuk dapur ini pon boleh masak sup daging, apatah lagi korang. Lepas ini kalau mak aku suruh masak, aku tak risau dah. Cakap jer nak masak apa. rempah ratus mak siti sedia membantu. Lagi pon produk ini senang didapati dan ianya dijual dimerata tempat contohnya Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big, jusco dan juga di kedai kedai runcit yang berdekatan. Mungkin lepas ini aku boleh cuba masak Sup sayur pulak sebab Syafiera Yamin ada share pasal Sup Sayur dalam blog dia. Kena cabar diri ini, buktikan dekat semua yang aku pon boleh masak macam macam. gituh!
Rempah Ratus Mak Siti
Rempah Ratus Mak Siti
Kalau korang nak tahu produk Mak Siti sudah berada dipasaran sejak dari tahun 1975 lagi. Mereka mempunyai kilang dan ladang sendiri untuk memastikan produk yang dikeluarkan adalah yang terbaik. Aku memang yakin dengan rempah ratus mak siti ini sebab ianya adalah produk yang semulajadi, tiada pewarna dan perasa tiruan. Ladang milik mereka juga pernah mendapat pengkiktirafan sebagai "The Largest Herbs & Spices Plantation'' oleh The Malaysia Book of Records (MBR). Satu kejayaan yang hebat kan. Produk yang dikeluarkan juga sangat banyak bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Antara produk utama yang boleh didapati dipasaran adalah :
- Serbuk rempah kari daging
- Serbuk rempah kari ikan
- Serbuk rempah sup
- Serbuk rempah sup soto
- Serbuk rempah rendang
- Serbuk rempah masak kicap ikan
- Serbuk rempah kari masakan laut
- Sup rempah Kurma
Majlis berbuka puasa bersama anak yatim & Pelancaran produk baru Mak Siti
Perasmian Majlis berbuka puasa
Baru baru ini aku berpeluang untuk menghadirkan diri ke majlis berbuka puasa yang berlangsung di Restoren rempah kari Mak Siti yang terletak di Jalan Jujur 2, bandar tun razak, cheras. Mereka menghidangkan pelbagai jenis masakan yang cukup sedap dan semestinya produk Rempah Mak Siti digunakan dalam setiap jenis makanan yang ada.
Antara masakan yang menggunakan produk Mak Siti
Produk baru Mak Siti yang bakal laris dipasaran
Pengeluar produk Mak Siti, Nasuha Enterprise Sdn Bhd kini melancarkan produk baru yang pasti akan memikat hati kakak kakak dan mak mak diluar sana. tadaaaa!
Produk baru Mak Siti
Inilah dia produk rempah baru yang akan berada dipasaran tak lama lagi. Ianya didatangkan dengan botol yang sangat menarik dan comel. Pada pendapat aku, mengeluarkan produk dalam botol seperti ini akan memudahkan lagi kerja kerja memasak didapur. Tak perlu membeli bekas extra untuk letakkan rempah. Dapur juga akan berada dalam keadaan yang kemas dan tersusun. Berikut adalah antara produk rempah Mak Siti yang boleh didapati dalam botol.
- Emping Cili (Chili Flakes)
- Serbuk Cili
- Daun Limau Purut
- Serbuk Daun Limau Purut
- Serbuk Kayu Manis
- Serbuk Halia
- Serbuk Lada Putih
- Serbuk Lada Hitam
- Serbuk Kunyit
Memang tak dinafikan yang produk Mak Siti sememangnya dapat memenuhi keperluan mereka yang gemar memasak. Produk ini bukan sahaja pelbagai tapi ianya mampu membuatkan masakan korang sesedap masakan ibu/mak. Jadi, korang semua kena dapatkan Rempah Ratus Mak Siti untuk menghasilkan masakan sesedap masakan mak. Ingat mak, Ingat Mak Siti. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan produk Mak Siti, korang boleh rujuk info yang tertera seperti dibawah.
Website
www.maksiti.com
Website
www.maksiti.com
Facebook
Instagram
Alamat
Nasuha Enterprise Sdn Bhd,
Ladang Rempah Ratus & Herba,
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh,
84500 Muar, Johor.
Telefon
+606 9737508/509
Whatsapp
+6017 3309330