Proses dan cara cara menukarkan Kad Myrapid sedia ada kepada Kad Myrapid Touch N Go yang baru

Proses dan cara cara menukarkan Kad Myrapid sedia ada kepada Kad Myrapid Touch N Go yang baru | Ada sesiapa yang baca entry ini pengguna kad Myrapid tak? kalau ada, samalah kita! Korang mesti dah tahu yang sekarang ini, kad Myrapid yang digunakan sekarang akan ditamatkan tempoh penggunaannya tak lama lagi dan pengguna diwajibkan menukar kad yang sedia ada dengan kad rapidkl touch and go (TnG) yang baru. Aku baru jer tukar beberapa minggu yang lepas. Kalau ada antara korang masih belum tukar. Jom baca sambungan entry ini sebab ada beberapa perkara penting yang perlu korang semua perlu tahu sebelum menukar kad korang.

Penukaran kad Myrapid bermula pada 15 Jun sehingga 15 July 2017 ( Disambung sehingga 31 July 2017)

Untuk pengetahuan semua, penukaran kad rapidkl dijalankan bermula dari 15 Jun 2017 lagi dan tiada caj tambahan dikenakan bagi mereka yang menukar kad rapidkl pada tarikh yang ditetapkan.

*Update terbaru untuk semua, penukaran kad telah dilanjutkan sehingga 31 july 2017. Jadi, kepada korang yang masih belum sempat tukar kad yang lama kepada yang baru make sure tukar sebelum hujung bulan ini. terima kasih

Penukaran kad Myrapid biasa

Kad Myrapid biasa boleh ditukar di semua kaunter khidmat pelanggan Monorel, BRT dan LRT kecuali stesen LRT Abdullah Hukum.

Penukaran kad Myrapid konsesi

Untuk pengguna kad rapidkl konsesi, penukaran kad hanya boleh dilakukan di Rapid KL concession counter yang terletak di Pasar Seni.

Syarat Syarat/ cara cara Penukaran kad yang perlu dipatuhi oleh pengguna

  • Untuk menukar kad Myrapid yang baru, korang perlu membawa bersama kad Myrapid yang sedia ada. *kalau tak bawa macam mana nak tukar kan.hehe
  • Untuk proses penukaran kad, baki di dalam kad yang sedia ada perlu digenapkan (contohnya RM5, RM10, RM15) 
  • Baki di dalam kad yang sedia ada perlu ada sekurang kurangnya RM5. Sekiranya baki kurang dari RM5, Korang perlu menambah nilai kepada RM5.
  • Sekiranya baki yang ada didalam kad tidak mencukupi nilai penambahan setiap RM5 (Contohnya RM 14.50), Korang perlu menambah RM0.50 untuk mengenapkan jumlah nilai kepada RM15.
  • Baki yang ada dalam kad myrapid yang sedia ada akan dipindahkan ke dalam kad myrapid TnG yang baru.
Peringatan untuk pengguna Myrapid Touch and Go (TnG) yang baru
  • Selepas 15 Julai 2017, kad Myrapid yang sedia ada tidak akan dapat digunakan lagi.
  • Tambah nilai untuk kad Myrapid TnG tidak boleh dilakukan di vending machine.
  • Tambah nilai Kad Myrapid TnG boleh dilaku di stesen LRT, BRT, MRT dan Monorel. Setiap tambah nilai untuk kad akan dicaj RM0.50 (Nilai minima untuk tambah nilai adalah RM10).
  • Tambah nilai kad Myrapid tanpa caj tambahan boleh dilakukan dilokasi berikut :-
  • NZ Curry House
  • Tesco
  • Guardian
  • Watsons
  • Caring Pharmacy
  • Caltex 
  • Shell
  • Petronas
  • KK Supermart
  • Cold Storage
  • Giant
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan penukaran kad Myrapid, korang boleh layari laman sesawang Rapidkl seperti yang tertera.

Website
www.myrapid.com.my
Terbaru Lebih lama