Pada hujung minggu yang lepas, aku berpeluang ke Dataran Merdeka untuk Iftar@KL 2017. Program ini diadakan sejak tiga tahun lagi menerusi Festival Ramadan tetapi kini ianya dijenamakan semula dan diberi nama Iftar@KL. Satu pengalaman yang menarik buat aku sebab ini adalah kali pertama aku menyertai program sebegini.
Persiapan untuk Iftar@KL
Iftar@KL berlangsung pada setiap sabtu dan ahad di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan bangunan Sultan Abdul Samad). Sekiranya korang berminat untuk join, bolehlah rujuk tarikh dibawah.
- 3 dan 4 Jun 2017
- 10 dan 11 Jun 2017
- 17 dan 18 Jun 2017
Untuk pengetahuan korang, pada tahun lepas, program Iftar@KL ini berjaya menarik lebih 17 Juta pengunjung termasuklah pengunjung dari luar negara seperti negara ASEAN, Korea selatan, China, Jepun, Sepanyol, Itali, Jerman, Belanda, USA dan Perancis.
Iftar@KL 2017
Untuk Iftar@KL pada kali ini, sambutan dari pelancong luar negara tidak kurang hebatnya, ramai yang hadir untuk memeriahkan lagi program ini. Ada banyak aktiviti yang dijalan pada tahun ini, antaranya penyediaan dan pengagihan bubur lambuk, pameran pelancongan Islam, Tadarus Al Quran, Tazkirah Ramadan, Kapsul Ramadan, Sukarelawan, Klinik Tahsin Al Quran, Jualan Food Truck, Kaunter Zakat, Iftar, Solat berjemaah, Bicara Ramadan, Konsert Ramadan dan Moreh.
Iftar@KL 2017
17 dan 18 Jun 2017 adalah hari terakhir untuk program Iftar@KL 2017, jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama sama memeriahkan lagi Iftar@KL 2017 di Jalan Raja, Kuala Lumpur. Bukannya selalu dapat pengalaman yang menarik macam ini. Kalau nak tunggu tahun depan lambat lagi. hehe.