Hari Raya kanak kanak dari Yayasan Chow Kit diceriakan oleh NU Sentral Shopping Centre | Berpeluang untuk bersama NU Sentral Shopping Centre meraikan kanak kanak dari Yayasan Chow Kit adalah satu pengalaman yang menarik buat aku. Pada mulanya agak janggal juga sebab aku ini bukannya seorang yang cepat mesra dengan seseorang lebih lebih lagi dengan kanak kanak tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Kanak kanak dari Yayasan Chow Kit
Seramai 40 orang kanak kanak dari Yayasan Chow Kit berusia dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun dibawa ke NU Sentral Shopping Centre untuk membeli belah pakaian dan keperluan untuk hari raya akan datang.
Kanak Kanak dari Yayasan Chow Kit menerima tajaan keperluan Hari Raya
Program yang diadakan ini mendapat sokongan dari penyewa NU Sentral. Salah satu penaja utama adalah Parkson. Kanak kanak ini dibawa ke Parkson dan masing masing membawa pulang Baju Kurung dan Baju Melayu kesukaan mereka.
Selepas itu, mereka dibawa ke Giordano dan menerima T-Shirt Giordano Ekslusif untuk pakaian harian. Smiggle juga tidak melepaskan peluang untuk menceriakan hari kanak kanak ini dengan memberikan alat tulis, beg dan bekas makanan yang menarik untuk dibawa pulang.
Melur & Thyme Restaurant
Sempena bulan ramadan, kanak kanak dari Yayasan Chow Kit ini dibawa ke Restoren Melur & Thyme, Aras 5 NU Sentral untuk menikmati juadah berbuka puasa. Turut hadir untuk bersama sama memeriahkan lagi program ini adalah Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman.
"NU Sentral amat komited untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik selari dengan usaha tanggungjawab sosial korporat kami. Harapan kami semoga acara yang telah kami rencanakan hari ini sedikit sebanyak menceriakan dan meringankan beban anak naka Yayasan Chow Kit menjelang Aidilfitri tidak lama lagi. Semoga syawal yang bakal diraikan kali ini menjadi lebih bermakna dan meninggalkan kenangan manis buat mereka" - Datuk Kamalul Arifin Othman
Penyerahan Duit Raya dan beg Cenderahati
Majlis pada hari tersebut diserikan lagi dengan penyerahan duit raya dan beg cenderahati kepada kanak kanak Yayasan Chow Kit dari Datuk Kamalul Arifin Othman. Antara barangan tajaan yang terdapat dalam beg cenderahati adalah barangan tajaan dari Ice-Watch, F&N, MBG Fruit Shop, Hoagies On The Go dan The Manhattan Fish Market.