Berbuka puasa dengan Nasi Arab Berasap di Rabbani Lamb House | Rabbani adalah antara kumpulan Nasyid yang memang dikenali sejak dari tahun 90an dan mereka popular dengan lagu Intifada, pergi tak kembali dan lain lain lagi. Setelah 2 dekad bergerak dalam industri ini, kini mereka mengorak langkah dalam bidang perniagaan restoren yang terletak di My Foodloft (berdekatan Jakel Mall).
Rabbani Lamb House @ My Foodloft (Berdekatan Jakel Mall)
Restoren ini menawarkan pelbagai makanan Arab dan Malaysia yang sangat menyelerakan dan pada hari perasmian Rabbani Lamb House, aku berpeluang untuk mencubanya. Antara yang menarik di sini adalah Nasi Arab Berasap.
Nasi Arab Berasap ini sememangnya menepati citarasa aku. Portion nasi sangat banyak dan ayam yang dihidangkan bersama nasi arab ini sangat lembut dan senang untuk dimakan.
Nasi Arab Berasap hanya di Rabbani Lamb House
Di bulan ramadan ini, mereka menawarkan pakej berbuka puasa serendah RM49.90 dan korang juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan live dari kumpulan nasyid kegemaran korang semasa menikmati hidangan berbuka puasa.
- Rabbani - Isnin, Rabu & Ahad
- Inteam - Khamis
- Fareast - Selasa
- NowSeeHeart - Sabtu
- Munsyid Malaysia - Jumaat
Rabbani Lamb House
Lot GF-016, My Foodloft, persiaran Capsquare, Kuala Lumpur
Untuk Tempahan
03-26020213/013-5138281 (Call/Whatsapp/Mesej)
Facebook
Instagramhttps://www.instagram.com/rabbanilambhouse