Sweedskin merawat dan mencantikkan kulit tanpa mengira peringkat umur

Sweedskin merawat dan mencantikkan kulit tanpa mengira peringkat umur | Mempunyai kulit yang cantik, bersih dan sihat adalah impian para wanita dan juga jejaka diluar sana termasuk aku sendiri tetapi kebanyakan produk yang dijual dipasaran mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan kesan yang buruk kepada kulit kita.Sebaiknya gunakanlah produk yang tidak mengandungi bahan kimia supaya kulit kita berada dalam keadaan yang cantik, bersih, sihat dan selamat untuk jangkamasa yang panjang.

Dengan kerjasama Solabia Group France dan Mibelle Group BiochemistrySNA Wellness International Sdn Berhad telah mengeluarkan tujuh rangkaian produk yang boleh mencantikkan dan pada masa yang masa boleh merawat kulit kita dengan berkesan.


Produk ini dikenali dengan nama Sweedskin dan tagline yang digunakan adalah Science Behind Beauty. Tagline ini adalah pilihan yang tepat untuk digunakan kerana penyelidikan yang amat teliti telah dijalankan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sweedskin adalah produk yang pertama di dunia yang mengaplikasikan Celtonyl dalam produk penjagaan kulit. apa itu celtonyl?

Colocasia esculenta
Celtonyl ialah sejenis sel yang bertindak balas sebagai pengaktif dalam menghasilkan sel baru dan ianya diperoleh daripada daun (Colocasia esculenta) yang kaya dengan pelbagai khasiat. Untuk pengetahuan semua, dengan kerjasama Mibelle Group Biochemistry, Sweedskin menjadi satu satunya produk di Asia Tenggara yang menggunakan serbuk rumpai salji (Snow Algae Powder) dan funginya adalah untuk memberi keremajaan pada kulit

Snow Algae
kerjasama dengan Solabia Group France pula adalah untuk menghasilkan produk tanpa bahan pengawat, tanpa silikon, tanpa bahan lanoline, tanpa bahan MIT/Paraben, tanpa bahan komedogenik, tanpa sumber haiwan, tanpa minyak mineral, tanpa bahan pewarna dan tanpa alkohol. Jom kita lihat kesemua rangkaian produk ini dengan lebih details.

DD Cream, Skin Activator Mist & Luminous Purifying Cleanser
  1. DD Cream (Krim Pelindung Harian) - Membantu melindungi kulit daripada sinaran UV. Dengan SPF30 ianya melindungi dan melembapkan kulit sepanjangan hari.
  2. Skin Activator Mist (Semburan Pengaktif Kulit) -  Membantu kulit untuk menghidrat dengan lebih berkesan.
  3. Luminous Purifying Cleanser (Pencuci Pembersih Berseri) - Gel pencuci yang membersihkan kulit secara lembut dan mempertahankan kehalusan kulit daripada cela persekitaran, menampilkan kulit bersih, halus dan licin.

Hydrating Moisturizer Serum, Brightening Serum, Sebum Reducer Serum & Age Reversing Serum
  1. Hydrating Moisturizer Serum (Serum Pelembap Hidrasi) - Melembap dan menyuburkan kulit
  2. Brightening Serum (Serum Pencerahan) - Menyerlahkan seri wajah dan penggunaan yang konsisten dapat menghasilkan kulit halus, licin ,lembap dan anjal.
  3. Sebum Reducer Serum (Serum Menghalusi Sebum) - Serum jerawat yang ideal untuk penggunaan harian bagi mengekalkan dan membersihkan pori pori. Kulit menjadi kurang berminyak dan lebih segar.
  4. Age Reversing Serum (Serum Anti Penuaian) -  Membantu mengembalikan keremajaan kulit, bertindak menghidrat dan menyuburkan kulit secara pantas dan kulit menjadi lebih tegang, anjal dan berseri secara semulajadi.
Datin Sri Siti Noor Asikin binti Muhammad
Menurut Datin Sri Noor Asikin binti Muhammad, Sweedskin bukan hanya mencantikkan tetapi ia juga merawat kulit kita menjadi lebih sihat dan yang pasti ianya adalah produk yang selamat digunakan oleh pelbagai peringkat umur kerana tiada bahan kimia yang digunakan dalam semua rangkaian produk yang dikeluarkan.

Produk ini boleh didapati di Healthlane Pharmacy dan ianya juga boleh dibeli secara online melalui laman sesawang lazada dan 11street. Korang boleh klik link dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan produk ini.

laman sesawang
Facebook
https://www.facebook.com/SweedskinHQOfficial
Instagram
https://www.instagram.com/sweedskin/?hl=en
Terbaru Lebih lama