Nikmati Makanan yang lazat di Hornbill Restaurant & Cafe bersama Flora dan Fauna yang jarang ditemui

Nikmati Makanan yang lazat di Hornbill Restaurant & Cafe bersama Flora dan Fauna yang jarang ditemui | Menikmati  hidangan yang lazat sambil ditemani flora dan fauna yang jarang dilihat adalah satu pengalaman yang sangat menarik dan korang berpeluang untuk menikmati pengalaman yang menarik ini hanya di Hornbill Restaurant & Cafe yang terletak di 920, Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur.

Hornbill Restaurant & Cafe
Restoren ini berada di dalam KL Bird Park sebab itulah pelanggan restoren ini dapat menikmati makanan sambil ditemani oleh flora dan fauna. Yang menariknya fauna yang ada di sekitar restoren ini bebas berterbangan dan korang boleh melihat burung burung dengan jarak yang sangat dekat. 

Hornbill Restaurant & Cafe (Indoor & Outdoor)
Ramai pengunjung singgah di restoren ini selepas seharian berada di dalam KL Bird Park kerana restoren ini menghidangkan pelbagai pilihan makanan. Jom kita tengok apa yang menarik di sini untuk korang semua mesti cuba kalau datang ke Hornbill Restaurant & Cafe.

Menu Selection at Hornbill Restaurant & Cafe
Ini adalah sebahagian menu yang ada di restoren ini, semuanya sangat menyelerakan dan yang pasti every each of them memang sangat sedap.  Kalau korang singgah ke restoren ini, pastikan korang order at least satu makanan yang aku share ini. Tak rugi tau!

Chicken Cordon blue & Chicken Chop
Hornbill Restaurant & Cafe menghidangkan pelbagai pilihan makanan termasuklah international Favourites dan Chicken Cordon Bleu adalah antara yang menjadi pilihan mereka yang menggemari makanan barat. Pelanggan juga boleh mencuba Chicken Chop, Rib Eye Steak, Grilled Lamb Cutlet, Lemon Butter Fish dan lain lain lagi.

Nasi Dagang & Satay
Pengunjung juga boleh menikmati makanan kegemaran ramai iaitu Satay, ianya dihidangkan dengan potongan bawang, timun dan kuah kacang yang sangat menyelerakan. 


Selain satay, Nasi Dagang bersama Kari Ikan Tongkol juga adalah antara menu pilihan yang tidak mengecewakan. Portion untuk Nasi Dagang sangat banyak dan Ikan tongkol yang dihidangkan bersama nasi juga sangat bersesuaian dengan portion nasi. 

Mee Goreng Mamak & Laksa Sarawak
Sekiranya korang sukakan mee, pastikan Mee Goreng Mamak menjadi menu pilihan korang sebab mee goreng mamak yang dihidangkan di restoren ini nampak sangat menyelerakan. Kalau korang inginkan makanan yang berkuah, Laksa Sarawak adalah pilihan yang sangat tepat  kerana rasanya yang sedap dan portionnya sangat banyak.

Keropok Lekor & Pisang Goreng
Keropok lekor dan pisang goreng adalah pilihan para pelanggan restoren ini untuk dijadikan kudapan. Ada banyak pilihan lain contohnya french fries dan wedges tetapi Keropok lekor dan pisang goreng menjadi pilihan pengunjung. Personally, aku sukakan pisang goreng yang dihidangkan bersama madu, pada mulanya aku agak pelik sebab sebelum ini tak pernah makan pisang goreng dengan madu tetapi bila dah cuba memang tak dinafikan rasanya memang sedap.

Banana Split & Seleksi minuman di Hornbill Restaurant & Cafe
Tidak lengkap rasanya kalau makan tanpa mencuba minuman di sini, ada pelbagai pilihan minuman di restoren ini dan antaranya coffee, tea, canned drink, bottled drink dan freshly squeezed fruit juice dan bermacam macam lagi. Untuk pencuci mulut pula, korang boleh cuba banana split, as usual portionnya sangat banyak dan rasanya sangat Ummphh!
Cara untuk ke Hornbill Restaurant & Cafe
  • Menaiki bas KL Hop on Hop off, bas ini akan berhenti di stesen 15 berhadapan dengan KL Bird Park Main Entrance dan korang perlu berjalan kurang dari 5 minit untuk ke restoren
  • Mengunakan perkhidmatan UBER atau GRAB yang akan membawa korang terus ke Hornbill Restaurant & Cafe.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hornbill Restaurant & Cafee dan KL Bird park, Korang boleh layari laman web rasmi dan instagram KL Bird Park seperti yang tertera.

Hornbill Restaurant & Cafe
920. Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
9 Pagi - 8 Malam (Setiap Hari)
Nombor Telefon
0322721010
Laman Web
Instagram
Terbaru Lebih lama