Jom pekena Nasi Manggey di Warung Kita, Sungai Tangkas Bangi

Mungkin korang semua dah tahu tentang nasi manggey yang aku nak share untuk entry pada kali ini. Menurut laman sesawang "http://www.ukm.my/nbnews/nasi-manggey-makin-terkenal-di-bangi/" Warung Kita yang terletak di Sungai Tangkas Bangi adalah cawangan yang ketiga selepas Sungai Buloh dan Bukit Raja Klang

Alamat Warung Kita, Sungai Tangkas Bangi
95, Jalan Kusta, 
Kampung Melayu Batu 13, 
47000 Sungai Buloh, Selangor,
Malaysia
0142111197

Waktu Operasi
0700 pagi sehingga 1000 malam ( Setiap Hari)
Hujan tapi kedai masih lagi dipenuhi dengan pelanggan
“Nasi Manggey adalah satu menu taruhan untuk Warung Kita yang diusahakan oleh kami sekeluarga agar terus berkembang. Kerangupan ayam dan kepekatan kuah dalca menjadi kegemaran para pelanggan yang berkunjung untuk menikmati hidangan disini.” kata salah seorang pemilik Warung Kita iatu Encik Zamzuri. - petikan artikel dari www.ukm.my
menunggu giliran untuk mendapatkan nasi manggey
Pada aku nasi manggey ini adalah menu yang sangat simple, sedap dan yang paling penting harganya sangat berpatutan. Nasi manggey adalah kombinasi nasi, ayam goreng, kuah kari dalca dan sambal belacan. 

Selain nasi manggey, Warung kita juga menyediakan menu yang lain untuk pelanggan mereka contohnya nasi lemak ikan tongkol dan nasi belauk ikan tongkol
Harga nasi manggey dan menu yang lain untuk rujukan
Selain makanan, minuman yang paling digemari di Warung kita adalah coconut shake dan kelapa baldi. Jadi kalau korang singgah di Warung Kita ini jangan lupa untuk order kelapa baldi atau coconut shake ok?
Simple, Sedap dan Murah
Sekiranya korang berada di area yang berdekatan bolehlah kesana untuk mencuba keenakan nasi manggey di Warung Kita, Sungai Tangkas Bangi. Kalau korang rasa macam jauh sangat nak pergi, korang bolehlah ke cawangan lain yang aku bagitau di awal entry tadi. Selamat mencuba!
Terbaru Lebih lama