Buffet ramadan serendah RM60 di WP Hotel Kuala Lumpur, Jalan Tunku Abdul Rahman | Seluruh umat islam yang berada di Malaysia akan menyambut bulan ramadan tak lama lagi. Kalau tak salah, 1 Ramadan akan jatuh pada 27 Mei 2017. Bercakap tentang bulan ramadan ini mesti ramai yang sedang sibuk mencari tempat berbuka puasa termasuklah aku sendiri.
Apa yang dititikberatkan oleh korang semua bila sebut pasal tempat berbuka puasa? kalau korang tanya aku, benda pertama yang aku akan fikir adalah harga. Bulan puasa memanglah sebulan sekali kan tapi kalau boleh tak naklah membazir di bulan puasa. betul tak? Jadi untuk entry kali ini aku nak share dengan korang semua mengenai tempat berbuka puasa yang menawarkan harga yang murah dan makanan yang disediakan juga agak menarik untuk dicuba.
WP Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Tunku Abul Rahman adalah salah satu hotel yang menawarkan harga buffet ramadan yang sangat berpatutan iaitu serendah RM60. Dengan harga RM60 ini korang boleh menikmati pelbagai jenis makanan.
Ayam Percik Istimewa, Kari kepala Ikan, Daging Asam pedas.etc
menyelerakan tak?hehe
Lauk pauk yang disajikan sempena bulan ramadan di WP Hotel sangat menyelerakan. Siap ada sambal dan ikan masin untuk menambahkan selara makan. Menariknya disini, korang boleh menikmati masakan dari Utara, Selatan dan Pantai Timur pada masa yang sama. Semua lauk pauk ini disediakan khas oleh Chef badrul. Jom kita tengok apa lagi yang boleh dinikmati dengan harga RM60.
Ada beberapa pilihan jeruk, Satay ayam/daging & Nasi Impit, Laksa Utara dan macam macam lagi. Memang berbaloi bayar RM60. Ada banyak dessert yang dsediakan termasuklah kueh kueh melayu.
Aneka kuih kuih melayu
Part yang menarik adalah kambing golek. Dagingnya sangat lembut, mudah untuk dimakan dan yang paling penting ianya sedap. Jadi, kalau korang ke WP Hotel Kuala Lumpur untuk buffet ramadan jangan lupa untuk try ok.
Ada beberapa minuman yang korang boleh pilih. Untuk minuman panas, ada coffee, teh o dan teh tarik. korang kena try teh tarik dorang sebab menurut kawan aku teh tarik yang disediakan memang sedap. Kalau korang kurang minum air panas. Ada minuman sejuk yang boleh dinikmati antaranya air tebu, sirap bandung dan air soya.
Untuk pencuci mulut, ada tembikai, betik dan macam macam lagi. Buffet ramadan di tengah tengah bandar kuala lumpur ini bukan senang nak dapat yang murah. Jadi, kalau ada masa tuh bolehlah ke WP Hotel untuk mencuba buffet ramadan yang bertempat di Restoren Lemongrass, tingkat 1.
Kenapa WP Hotel Kuala Lumpur?
Selain harga,
- mereka juga menyediakan kemudahan surau untuk umat islam menunaikan solat maghrib dan isyak di tingkat 2.
- Ada masjid berdekatan juga untuk korang pergi sekiranya ingin menunaikan solat terawih sekali (Masjid Kampung Baru - 5 minit drive).
- WP Hotel berada di Jalan TAR, jadi kalau nak pergi shopping raya selepas berbuka tuh tak menjadi masalah
- Berdekatan dengan Monorail. Untung mengelak dari kesesakan lalu lintas, korang boleh ke WP Hotel dengan penggunakan perkhidmatan monorail.
HARGA BUFFET RAMADHAN DI WP HOTEL KUALA LUMPUR
- RM60nett/bersih - 27 Mei - 10 Jun 2017
- RM68nett/bersih - 11 Jun - 23 Jun 2017
- RM30nett/bersih -untuk kanak kanak yang berumur 4 - 12 Tahun & Warga Emas 55 Tahun ke atas.
WP Hotel juga menyediakan seleksi menu bermula dari RM88/seorang (Mininum 100 orang) untuk mereka yang ini mengadakan private "Buka Puasa" gathering. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi pihak WP Hotel.
Reservation for Buffet Ramadhan
03-6181188 ext 3 for Lemongrass Cafe
03-6181188 ext 606 for Sales Department
Private Function
03-6181188
"Selamat Menyambut Bulan Ramadan"