Beg clutch yang sesuai untuk lelaki

Beg clutch yang sesuai untuk lelaki |  "A women's strapless purse that is carried in the hand" - Inilah maksud Clutch bag kalau korang nak tahu tapi sekarang nih dah banyak barang barang yang perempuan guna di "lelaki" kan. Maksud aku ada sesetengah produk yang diciptakan untuk orang perempuan telah diluaskan marketnya supaya orang lelaki pon boleh guna jugak.


Kalau dulu memang jarang nampak lelaki strolling around pegang clutch bag tapi sekarang memang ramai penggunanya termasuklah aku. Pengunaan clutch untuk lelaki pada aku ianya relevan. Tak salah kalau lelaki pun guna clutch.betul tak? tapi hakikatnya ada sesetengah orang akan memberikan komen yang negatif pada lelaki yang guna clutch bag sebab ianya hanya sesuai untuk wanita sahaja.

Nampak tak sesuai digunakan oleh kaum lelaki mungkin disebabkan oleh design dan pilihan warna pada clutch itu sendiri. Sekarang nih banyak sangat pilihan clutch untuk lelaki. Jadi, kalau korang decide nak guna clutch. Aku rasa korang perlu menilai jenis, bentuk dan pilihan warna clutch supaya ianya bersesuaian dengan jantina korang. 

Sesuai dengan Jantina? Maksudnya korang pandai pandailah buat pilihan kan. Takkanlah nak beli clutch yang sarat dengan bling bling dan design yang girlish. betul tak? Jom kita tengok contoh contoh clutch yang sesuai untuk digunakan oleh lelaki.


Semua design clutch nih nampak very simple and fashionable. Aku nih seorang yang tak suka kalau pergi somewhere tak bawak apa apa kat tangan. Macam kosong and tak secure lepas tuh rasa awkward. So bila ada something to hold on aku akan rasa selesa kat public. Even before pon masa sekolah, aku akan bawa beg pergi mana mana walaupon sebenarnya tak ada barang pon nak bawa. Lastly, aku cuma nak cakap ini adalah opinion dari aku. Masing masing berhak menyuarakan pendapat. tak gituh. Semoga kita berjumpa lagi untuk entry yang akan datang. Happy blogging. 

Imagesshentonista.sg | www.lelong.com.my | parisiangentleman.co.uk | adriangravem.wordpress.com | www.bursapakaian.com
Terbaru Lebih lama