Cabaran Explore Race bersama Nescafé Tarik Mana Mana

Cabaran Explore Race bersama Nescafé Tarik Mana Mana  | At first memang fikir dua tiga kali sama ada nak join ke tak sebab time event tuh berlangsung aku kerja shift malam. Kalau pergi for sure aku akan penat gila tapi memandangkan Central Market dekat jer  jadi aku redah sajo lah.

Ada ramai blogger yang join untuk memeriahkan cabaran explore race ini. Kitorang dibahagikan kepada  lima kumpulan mengikut warna topi yang diberikan. Satu kumpulan di anggotai oleh empat orang blogger.

Vanessa Lim, Senior Brand Manager 
Setiap kumpulan akan diberikan lima tugasan yang agak mencabar untuk diselesaikan. Aku ini kan pemalu *kononnya la, Jadi bila ada cabaran yang melibatkan tempat awam dan strangers memang kecundang  sikit tapi don't worry guys everything went well. haha

Task 1 

Task yang pertama agak mencabar bagi aku. Bukan senang nak approach strangers lepas tuh kena mintak dorang bergambar dengan produk Nescafé dan upload dekat  instagram atau mana mana sodial media yang dorang ada tapi at last berjaya jugaklah.


Task 2
Cabaran kedua untuk kumpulan biru adalah Lion Dance di Petaling Street. Matilanak nak kena menari pulak kan. Tak tahulah apa yang jadi masa tuh, kitorang tibai jer tapi yang penting we had fun dan cabaran pon selesai dengan jayanya.haha

Task 3
Woi! Ituh perut ke apa? *Tepuk dahi tengok gambar sendiri.haha
Ada gambar model Nescafé yang ditunjukkan kepada kitorang dan tugasan yang perlu dibuat adalah bergambar seperti model dalam gambar tersebut . Aku tak ada gambar model Nescafé tuh, jadi korang layan jelah gambar aku ok. 

Task 4
Aku dah cuak sikit sebab dalam kertas yang diberikan tuh cakap kitorang kena pergi ke Clock Tower yang terletak di Jalan Medan pasar dan tugasannya adalah menari Hip Hop tapi bila sampai dekat sana kitorang sebenarnya perlu bergambar dengan props yang berikan.Nasib baik! 


Ada empat props dan kitorang kena guna props tersebut untuk bergambar dengan Nescafé tarik. Kreativiti sangat penting untuk task kali ini. Ada banyak gambar yang kitorang amek tapi aku rasa gambar ini yang paling menarik.

Task 5
Mannequin Challenge di LRT Masjid Jamek. Cabaran ini perlu dirakam selama 30 saat. Semua Cabaran sudah pon dibuat dan selepas semuanya selesai, kitorang bergerak menuju ke garisan penamat di Marchent's Lane yang terletak di Petaling Street.


Akhirnya kitorang berjaya sampai di garisan penamat. Kitorang mendapat tempat kedua dalam cabaran ini. Ingatkan dorang bergurau jer sebab kitorang group yang paling last kot sampai. Sebenarnya pemenang dinilai dari segi kreativiti setiap kumpulan dalam cabaran yang diberikan. Alhamdulillah! Tahniah Teammates Mawardi Yunus, Amir Nawawi dan Ilya Leya.


Terima Kasih Nescafé Malaysia kerana memberi peluang kepada aku untuk terlibat sama dalam Nescafé Tarik Mana Mana Challenge. Pengalaman yang agak menarik dan yang paling best dapat berkenalan dengan bloggger blogger lain. Untuk korang semua, jangan lupa untuk dapatkan Nescafé Tarik sekarang!
Terbaru Lebih lama